Pilihan 1: Luka yang dihadapi oleh ibu selepas bersalin secara biasa
pastinya menghadapi masalah untuk membuang air kecil untuk beberapa jam
selepas bersalin. Ini kerana, perasaan fobia yang dihadapi untuk ke
tandas kerana luka yang memedihkan. Untuk mengurangkan kesakitan anda
bolehlah cuba melepaskan air kecing secara perlahan di selang dengan
pernafasan yang baik.
Pilihan 2: Selepas sehari bersalin, anda
bolehlah mencucur air suam sebagai menggantikan air sejuk di tempat luka
semasa mengeluarkan air kencing. Ini bagi mengurangkan rasa pedih di
kawasan luka. Tindakan mengalirkan air suam serentak semasa kencing
dapat mengurangkan rasa ketajaman asid air kencing yang terkena kawasan
luka.
Pilihan 3: Anda digalakkan mandi sambil duduk di atas
kerusi bagi mengurangkan rasa sakit kontraksi akibat rahim yang
mengecut.
Pilihan 4: Rebus segenggam daun jambu batu muda
sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di
bahagian sulit. Lakukan 2 atau 3 kali sehari hingga luka sembuh.
Pilihan 5: Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia,
beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau
dibuat sup.
Pilihan 6:Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Pilihan 7: Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus
kesemua bahan tersebut sehingga mendidih. Dalam keadaan masih
panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
Pilihan 8: Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada
direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan
lada hitam yang ditumbuk halus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan