a. Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat
kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah
haid, hubungan seks dan kehamilan. Bahagian ini sensitif pada perubahan
persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian kemaluan wanita.
Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau
faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri.
b.
Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan
yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman. Ia
juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami
dan isteri. Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh
merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan
menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat.
Ada beberapa langkah atau petua yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita:
1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama
pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah
saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan
tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.
3. Elak daripada
sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke
dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan
ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di
samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia
yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
4. Elakkan menyabun
atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin
menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita
sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
5. Pasangan
suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan
selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
6. Amalkan
membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk
mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini
berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi
kencing (urinary tract infection).
7. Elakkan memakai pakaian
dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh,
tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman
membiak.
8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan
pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia
tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan