Selamat datang
Khamis
CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU
Apabila sedang menyusu, bayi akan menelan udara dan mereka perlu disendawakan. Jika tidak, mereka akan mengalami kembung perut.
Sendawakan bayi segera :
1)Sekiranya bayi anda penat, bermasalah, ataupun tampak terlalu kenyang sedangkan mereka menyusu sedikit.
2)Menelan banyak udara - Untuk mengelakkan bayi anda menelan banyak udara, pastikan mereka mengunci mulut dengan betul pada payudara anda ketika menyusu.
Cara terbaik untuk bayi sendawa adalah dengan mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa penyusuan. Berikut adalah beberapa cara-cara untuk sendawa bayi anda:
a)Kedudukan Bersandar
Pegang bayi anda, letakkan kepala bayi bersandar di bahu anda. Ampukan punggung bayi, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan.
b)Kedudukan Menegak
Pegang bayi dalam kedudukan tegak. Dudukkan bayi di atas riba anda, tinggikan kepala dan leher kepala bayi dengan satu tangan, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan
c)Kedudukan Perut
Bayi anda baring meniarap diatas perutnya dan kedudukannya di atas peha anda. Kedudukan kepala bayi sepatutnya sedikit tinggi. Sengetkan posisi kepala bayi anda dan perlahan-lahan menepuk belakang bayi.
Cara terbaik untuk sendawakan bayi anda bergantung kepada setiap bayi. Setiap bayi akan mempunyai cara sendawa tersendiri yang selesa dan sesuai baginya. Setiap ibu akan cuba bereksperimen dengan kedudukan yang berlainan untuk memastikan bayi dapat mengeluarkan sendawa dan dapat mengelakkan kembung perut.
Cubalah sendawakan mereka beberapa kali semasa menyusu. Bukan semua bayi perlu sendawa, tetapi kebanyakan daripada mereka perlu. Oleh itu, cubalah sendawakan mereka walaupun mereka berusia lebih dari tiga bulan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan