1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana
keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
2.Inilah
penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi
meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu
berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu
minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah'
(33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum
melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah
(berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan