Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu

Mari mengenal 10 malaikat.

Dicipta Allah daripada cahaya.
Ianya juga rukun iman keDUA. Mari bersama kita hafal bersama.

JIBRIL. MIKAIL. RIDHWAN. MALIK. MUNKAR. NAKIR. RAQIB. ATID. IZRAIL. ISRAFIL semuanya. 10 malaikat kita hafal namanya.

*Malaikat Jibril : menyampaikan wahyu. Daripada Allah kepada rasulnya.
*Malaikat Mikail : turunkan rezeki. Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah.
*Malaikat Ridhwan : menjaga syurga. Wajahnya manis berseri sinarnya.
*Malaikat Malik : menjaga neraka. Berdoalah kita moga tidak ke sana.
*Malailat Munkar dan Nakir : menyoal di dalam kubur.
*Malaikat Roqib dan Atid : catit kebaikan dan kejahatan.
*Malaikat Izrail : mencabut nyawa. Moga kita mati dalam Husnul Khotimah.
*Malaikat Israfil : meniup sangkakala. Itulah tanda dunia kiamat akhirnya..

Selasa

kebersihan alat intimmu...

a. Dalam kehidupan seseorang wanita, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan. Bahagian ini sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri.

b. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan. Wanita yang mempunyai tanda-tanda tersebut mudah dijangkiti kuman. Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat.

Ada beberapa langkah atau petua yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga alat kelamin atau reproduktif wanita:

1. Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.

2. Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah saluran yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon, mereka perlu ingat untuk menukarnya.

3. Elak daripada sering mengamalkan “douching” iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria “lactobacilli” dari faraj, di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.

4. Elakkan menyabun atau menyapu “shower gel” pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.

5. Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.

6. Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).

7. Elakkan memakai pakaian dalam synthetic yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.

8. Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan. Elok memakai “panty liner” supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan

Jom tampil langsing

Ada banyak cara yang boleh dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolah raga atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing lagi seksi, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada penampilan anda.

Panduan berpakaian yang perlu dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing :

1. Pilih pakaian dalam warna-warna senada.

2. Elakkan corak yang besar.

3.Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi.

4. Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.

5. Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih kelihatan berisi.

6. Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.

7. Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing.

8. Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.

9. Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut.

Urat kaki timbul??

Pilihan 1: Ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala.

Pilihan 2: Ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan.

Pilihan 3: Urut kaki anda perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

Hilangkan Selulit mu...

1. Jauhi makanan yang bergula, berlemak dan makanan segera. Kandungan nutrisi dalam makanan sebegini amat sedikit tetapi meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda.

2. Jika anda jarang memakan buah atau sayur segar, ia menganggu keseimbangan sodium/
potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit. Amalkanlah memakan buah-buahan dan sayur segar setiap hari.

3. Amalan bersenam melancarkan peredaran darah anda yang tersumbat serta membakar lemak yang menjadi punca selulit. Dalam seminggu, anda bersenamlah secara teratur iaitu 3 hingga 4 kali. Untuk setiap sesi, anda peruntukkan waktu bersenam antara 30 hingga 45 minit. Pilihlah mana-mana jenis senaman yang anda suka dan mampu melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.

4. Anda boleh mengurut tubuh anda untuk melancarkan aliran darah. Anda boleh gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut. Melalui cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak degil dalam saluran darah anda.

5. Anda boleh menggunakan sikat untuk menyikat memana bahagian tubuh yang biasanya timbul selulit. Sikat tubuh anda dengan gerakan secara melurus. Amalkan setiap hari selama 5 minit.

6. Air masak dapat membersihkan sistem pencernaan anda. Secara tidak langsung menyingkirkan racun pada sel-sel tubuh. Anda harust minum sekurang-kurangnya 2 liter air masak sehari. Selain itu, kurangkan juga meminum kopi, teh dan jauhi minuman beralkohol jika anda mahu mencegah pembentukan selulit.

Cara menahan kemarahan

Pertama: Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa saja situasi. Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam hal ini seperti kisah yang berikut: Suatu hari seorang lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“Aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta sahabat untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar. Dengan sikap dan akhlak yang ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam. (Hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)

Kedua: Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

“Orang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud : “Sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari”
(Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“Tidak ada seseorang hamba menahan marah kerana Allah Ta’ala, melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan” (Hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga: Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam. Firman Allah Ta’ala :

”Dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

2 orang lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan. Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat: Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk. Apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima: Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yang telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan ketika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam: Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yang demikian, yang dapat memadamkan api adalah air yang dapat diperoleh daripada berwudhuk, demikian dangan izin Allah dapat meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang daripada kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak Adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Hilang kan Penat??

1. Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

2.Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

3. Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Pantang larang Orang tua-tua

Orang Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana di dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.

1. Duduk atas Bantal - Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.

2. Bergendang dalam Rumah - Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.” Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.

3. Menjahit pada Waktu Senja - Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya.
Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.

4. Makan dengan Menggunakan Bekas Retak atau Sumbing - Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.” Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.

5. Bersiul atau Bernyanyi di Dapur - Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua.
Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.

6. Tikus Tidak Boleh di Seranah - Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi. Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Petua Melayu Lama Untuk Ibu Yang Masih Dalam Pantang

1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal - Tidur tidak berbantal, si ibu akan mengalami sakit kepala. Kemungkinan juga darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2. Memakai Sarung Kaki (Stokin) - Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin. Jika angin menguasai badan, kesihatan ibu dalam pantang akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

3. Jangan Duduk Mencangkung - Jika si ibu duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu tumpah darah.

4. Mandi Duduk Di Bangku - Ketika mandi hendaklah duduk di bangku dan ia untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana si ibu masih dalam keadaan lemah.

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur - Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6. Jangan Terlalu Aktif - Ibu yang baharu melahirkan anak hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Petua Untuk Merawat Luka Selepas Bersalin

Pilihan 1: Luka yang dihadapi oleh ibu selepas bersalin secara biasa pastinya menghadapi masalah untuk membuang air kecil untuk beberapa jam selepas bersalin. Ini kerana, perasaan fobia yang dihadapi untuk ke tandas kerana luka yang memedihkan. Untuk mengurangkan kesakitan anda bolehlah cuba melepaskan air kecing secara perlahan di selang dengan pernafasan yang baik.

Pilihan 2: Selepas sehari bersalin, anda bolehlah mencucur air suam sebagai menggantikan air sejuk di tempat luka semasa mengeluarkan air kencing. Ini bagi mengurangkan rasa pedih di kawasan luka. Tindakan mengalirkan air suam serentak semasa kencing dapat mengurangkan rasa ketajaman asid air kencing yang terkena kawasan luka.

Pilihan 3: Anda digalakkan mandi sambil duduk di atas kerusi bagi mengurangkan rasa sakit kontraksi akibat rahim yang mengecut.

Pilihan 4: Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan 2 atau 3 kali sehari hingga luka sembuh.

Pilihan 5: Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

Pilihan 6:Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

Pilihan 7: Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Pilihan 8: Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers