Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis

TEKNIK URUTAN BAYI

Pernah dengar Bayi sangat selesa apabila diurut oleh ibu atau bapanya?? Berikut Teknik urutan yang sesuai untuk si Manja anda 

Selamat Mencuba!

1. Kaki

Urut menghala menjauhi jantung dengan usapan bentuk C.
Urutan bermula di buku lali, bergerak ke paha dan balik ke buku lali. Bengkok dan luruskan kaki bayi serta buat pergerakan seperti

mengayuh dan lakukannya secara pelahan-lahan. Buat latihan jari dengan membengkok dan meluruskan setiap jari supaya semua

sendi digerakkan. Tolak sedikit jari ke belakang perlahan-lahan.

2. Perut

Pijatan I LOVE U. Gunakan dua tau tiga jari, yang membentuk I-L-U daripada arah bayi. Bila dari posisi kita membentuk I-L-U

terbalik.
Urut kiri bayi dari bawah ke atas (huruf I). Urut melintang dari kanan bayi ke kiri bayi,kemudian turun ke bawah (huruf L).Urut

dari kanan bawah bayi, naik ke kanan atas bayi, melengkung membentuk U dan turun lagi ke kiri bayi.
Semua gerakan berakhir di perut kiri bayi.

3. Tangan
Ulang proses sama seperti mengurut kaki.

4. Dada

Urut dengan menggunakan tapak tangan. Urut ke arah keluar (melintang) dari tengah dada menghala ke atas sehingga ke bahu

dan turun ke tulang rusuk.

5. Muka

Membuat urutan secara bulatan kecil pada kulit kepala. Urutan ini juga boleh dilakukan ketika mandi dan memakai syampu. Usap

dahi, keliling mata dan kening. Urut pipi dan usap secara melintang dari tulang pipi ke telinga. Urut secara bulatan di bawah dagu,

keliling telinga dan tengkuk. Urut perlahan-lahan dengan memberi sedikit tekanan. Cara ini akan membuatkan bayi berasa lebih

selesa.

6. Belakang badan

Anda perlu tiarapkan bayi anda. Gunakan minyak dan urut belakang badan dari atas tulang belakang hingga ke pangkal punggung

menggunakan kedua-dua tangan. Buat urutan secara bulatan dari bahu, turun ke badan-punggung, paha dan kaki.

7. Bahu

Urut bahu menggunakan tapak tangan dan akhiri dengan satu usapan panjang dari bahu ke kaki.

Urutan ini mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dan bayi akan lebih tenang serta segar apabila diurut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers