Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa

Mengapa Allah Menciptakan Hawa Saat Adam Tertidur |

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.
Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.
Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.
Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.
wallahualam

Jom Teka Jom...



Rompakan Bank

Semasa rompakan di Guangzhou,China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank:

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Khamis

Kejap nya dah 31 Minggu++

Ya Allah mcm tak percaya je 31 minggu dan 4 hari usia kandungan ku..
pejam celik pejam celik nanti bersalin lah..huhuhu..kali ni nak bersalin kat mana yerk??
yang anak 1st turun tanda terus je pergi Hospital Melaka..hihihi..
.bukan dari Melaka ke Hospital Melaka tapi dari Shah Alam, Selangor ke Hospital Melaka...
hihihi..gila  tak gila kerjaan kan..
hihi berbeza tak time sebelum mengandung..time mengandung anak 1st n time mengandung anak 2nd??

Rabu

“Bayi tercekik? Jangan panik!”



Malang tidak berbau. Kadang kala tanpa disedari bayi yang sudah pandai mengutip tercekik objek yang dikutip. Apabila menghadapi situasi begini, pastikan anda cukup info untuk menghadapinya agar pertolongan kecemasan dilakukan segera.

1. Bertenang. Jangan cuba untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dalam mulut bayi menggunakan jari kerana anda mungkin hanya menambah masalah lain pula.

2. Tiarapkan bayi di lengan atau paha anda. Jadi lehernya disokong dan kepalanya berkedudukan lebih rendah daripada badannya.

3. Tepuk belakang badan bayi dengan tapak tangan anda. Objek yang berada di dalam mulutnya mungkin terkeluar.

4. Jika anda masih tidak berjaya mencungkil objek yang tercekik selepas lima kali percubaan, baringkan dia dan gunakan hujung dua jari anda untuk mengurut tulang dadanya.

5. Jika bayi anda mula tidak sedarkan diri, cuba kejutkan dia dengan menepuk tapak kaki atau memanggil namanya. Baringkan dia dan pastikan dia bernafas dengan melihat gerakan dadanya atau mendekatkan telinga anda pada mukanya.

6. Jika dia tidak bernafas, minta bantuan sesiapa yang bertauliah untuk melakukan CPR bagi membolehkan dia bernafas semula.

Sharing is caring

kdt : pa&ma & myvitrd.com

Teacher NON-MUSLIM asked the students MUSLIM



Teacher : Can you see Allah?
Class : No.
Teacher : Can you touch Allah?
 Class : No
Teacher : Then there isn't Allah!

*Student raises their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?

Put this as your status if you Love & Believe in Allah..

Copy & paste from Tuhanku الله | Rasulku محمد | Agamaku ا

SEDEKAH ALFATIHAH



Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al- fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita.untuk para sahabat2 kita...amin...
Semoga kita semua sekeluarga beroleh rahmah dan barakah drNya

c&p
 

Mesti baca dan cuba untuk memahami maksud yang mendalam ini.



1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang. (dihantar oleh Us Zahazan)
 

Selasa

Anak Demam dan Suhu Bayi Meningkat, Apa Yang Mummy/Papa Boleh Lakukan?


Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai mummy/ papa lakukan untuk membantu anak yang demam?

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.

Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah :
•Anak mengadu tidak sihat.
•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.
•Tubuhnya kelihatan menggeletar.
•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.
•Dahi dan lehernya terasa panas.

Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.

Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.

Lakukan sendiri
-----------------
Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.

1. Menggunakan Sudu
Mummy/Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2. Menggunakan Alat Penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3. Menggunakan Picagari Khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4. Menggunakan Hujung Jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.

5. Memberi Anak Sakit Makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.

Bila Suhu Bayi Meningkat
=================
Demam adalah penyakit biasa dihadapi oleh bayi, namun ia tidak harus diambil mudah oleh papa dan mama. Jika suhu badan bayi tidak dikawal, tidak mustahil ia berisiko terkena serangan sawan atau lain-lain gangguan otak dan saraf.

Bertindak segera apabila demam bayi melebihi suhu 38 C. Pastikan anda mempunyai thermometer untuk mengukur suhu badan bayi. Segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Tetapi sebelum itu, tindakan awal yang mesti dilakukan adalah menyejukkan badan bayi.

1. Periksa suhu
Guna termometer raksa atau digital untuk mengambil suhu bahagian ketiak anak. Anda juga boleh menggunakan thermometer elektronik yang dimasukkan ke dalam lubang telinga. Jika suhu melebihi 37 C, tandanya anak anda demam.

2. Suhu panas
Segera tanggalkan baju yang dipakai untuk menyejukkan badannya. Penyaman udara sama da di dalam rumah atau kereta boleh membantu menyejukkan badan bayi. Cuaca panas, berada di dalam bilik yang panas atau memakai pakaian yang terlalu tebal boleh menyebabkan suhu baik naik mendadak.

3. Beri ubat
Jika masih mempunyai bekalan ubat demam, berikan ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor

Sharing is Caring


sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=441353775977481&set=a.149499298496265.29959.100003085876849&type=1

Jumaat

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. 

Khamis

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA , MANA YANG DIDAHULUKAN?



Soalan;
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.

2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawa-b pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

BETUL KE BOHONG


BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minum dia
2. Tidur dengan dia
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Sentiasa menyokong dan memberinya semangat
5. Jangan mengganggu dia dengan pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?
Senang bukan ??

BAGAIMANA PULA CARA UNTUK MEMBUAT WANITA dan ISTERI GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi .... Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. rakan
2. teman
3. kekasih
4. saudara
5. bapa
6. pendengar
7. tukang masak
8. juruelektrik
9. tukang paip
10. mekanik
11. seorang tukang kayu
12. penghias
13. stylist
14. sexologist
15. pakar sakit puan
16. ahli psikologi
17. pembasmi perosak
18. psikiatri
19. penyembuh
20. pendengar yang baik
21. penganjur
22. bapa yang baik
23. sangat bersih
24. bersimpati
25. atlet
26. hot
27. prihatin
28. gagah
29. pintar
30. lucu
31. kreatif
32. setia
33. kuat
34. memahami
35. toleransi
36. berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. berkemampuan
39. berani
40. pandai buat keputusan
41. tidak berbohong
42. boleh dipercayai
43. bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. kerap memberi pujian kepadanya
45. pergi membeli-belah dengan dia
46. jujur
47. menjadi sangat kaya
48. tidak memberi tekanan padanya
49. tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. memberikan banyak perhatian kepada dia

51. memberikan banyak masa kepada dia, terutama masa untuk dirinya

52. memberi beliau banyak ruang, tidak pernah bimbang tentang di mana dia pergi. Namun yang paling penting

INI SANGAT PENTING

53. tidak pernah lupa..

* TARIKH HARI LAHIR *
* TARIKH ULANG TAHUN PERKAHWINAN *
* mesti alim dan ....
* dan tolong Buang Sampah...
* dan Bayar cukai jalan
* dan bawa melancong
* dan ...jgn LEBIH Tidur....
* dan makan sampai habis Masakan dia..
* dan bila nak Tidur Bila cakap I LOVE YOU,,
* dan berhenti membaca akhbar
* dan memberi perhatian apabila dia bercerita...
* dan perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa untuk menyelamatkannya .... !

Isnin

Anak Demam??Apa Perlu Saya Buat??

Sila baca....sila baca.. x rugi pun mummy....

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Khamis

kENALI PERMATA HATI...



Menanti kelahiran bayi yang telah hampir 40 minggu berada dalam kandungan benar-benar menguja. Ada yang diselubungi perasaan lantaran bimbang anak yang bakal lahir itu tidak seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga yang gembira terutamanya bagi yang sudah bertahun-tahun menunggu. Namun, apa pun perasaan yang hadir, realiti terpaksa dihadapi.

Kepada bakal bapa, selain harus bersedia dengan tekanan di bilik bersalin, anda perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang bakal anda hadapi sebaik sahaja bayi lahir. Jangan terkejut kalau anak yang lahir nanti kulitnya berkedut, ditambah pula dengan warnanya yang seakan kebiruan dan kurus. Keadaan seperti ini sememangnya lain daripada keadaan bayi yang biasa kita lihat. Untuk pengetahuan anda, perkara ini lumrah setelah sembilan bulan berada dalam rahim ibu.

• Kepala
Biasanya kepala bayi yang baru lahir akan kelihatan sedikit lonjong akibat proses kelahirannya. Ini disebabkan semasa proses tersebut bayi terpaksa melalui ruang yang terhad bukaannya. Tidak dapat dinafikan juga mungkin pada masa itu, pintu serviks ibu masih belum terbuka sepenuhnya. Oleh itu, kepala bayi akan mengikut saiz serviks pada ketika itu. Selain itu, ada sesetengah bayi yang benjol kepalanya. Keadaan ini biasa terjadi sekiranya bayi lahir dengan menggunakan bantuan vakum. Bahagian kepala yang disedut itulah yang akan benjol sedikit. Kepada bapa-bapa, janganlah risau kerana biasanya benjol itu akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

• Vernix
Jangan terperanjat jika anda mendapati semasa dilahirkan anak penuh dengan salutan bahan berwarna putih yang berminyak. Bahan tersebut dikenali sebagai vernix yang berfungsi melindungi kulit bayi daripada cecair amnion ketika berada dalam kandungan ibu. Jangan risau, bahan ini boleh dihilangkan dengan hanya mencuci badan bayi dengan air.

• Mata
Jika dilihat pada matanya pula, biasanya berwarna sedikit kebiru-biruan kerana proses pigmentasi masih belum berlaku. Proses ini hanya akan mengambil tempat setelah bayi berusia kira-kira enam minggu. Matanya juga kelihatan bengkak. Bengkak ini akan surut selepas dua atau tiga hari. Usah terkejut dan risau bila mendapati mata anak anda kelihatan sedikit juling. Ini adalah perkara biasa untuk tempoh lapan minggu pertama kerana mereka masih dalam proses untuk menyeragamkan pergerakan mata.

Jangan hairan jika bayi anda tidak menunjukkan sebarang tindak balas sekiranya anda berdiri di depannya. Untuk pengetahuan anda, penglihatan bayi pada minggu pertama kelahirannya hanyalah kira-kira 25sm jaraknya. Ini bermakna, dia hanya boleh melihat benda-benda yang dekat dengannya.

•Tali Pusat
Kepada bapa yang melihat sendiri anak anda dilahirkan, jangan terkejut jika melihat tali pusat bayi anda. Tali pusat ini sangat panjang dan bercantum dengan uri untuk proses pemakanannya semasa berada dalam kandungan. Selepas dilahirkan, doktor atau jururawat akan memotong pendek tali pusat tersebut lalu dikepit dengan klip plastik. Tali pusat ini perlu dijaga rapi sebelum dia tanggal dengan sendirinya kira-kira lima hingga sepuluh hari kemudiannya. Cuci semua kekotoran yang ada padanya untuk mengelakkan jangkitan. Kuman. Sila dapatkan bantuan bidan ataupun doktor sekiranya tali pusat bayi anda mengalami masalah.

• Alat Kelamin
Semasa dilahirkan, alat kelamin bayi sama ada perempuan atau lelaki kelihatan lebih besar daripada yang biasa, seolah-olah membengkak. Jangan risau kerana alat kelamin tersebut akan mengecut selepas beberapa hari dilahirkan. Ada kalanya juga, bayi perempuan akan mengeluarkan sedikit darah ataupun lendir daripada alat kelaminnya akibat perubahan hormon.

• Najis
Najis bayi yang baru lahir melekit dan berwarna hijau kehitaman. Najis ini dikenali sebagai meconium. Najis ini kemudiannya akan bertukar warna sedikit demi sedikit seperti najis bayi yang biasa kita lihat selepas mula menyusu. Pada minggu-minggu pertama kelahirannya, bayi kerap membuang air besar.

• Berat Badan
Berat badan bayi akan berkurangan sehingga 10 peratus selepas satu atau dua hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, berat badannya akan bertambah selepas mereka mula menyusu.

• Telinga
Jangan terkejut jika diberitahu bahawa bayi sudah boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu, dengarkanlah perkara-perkara yang baik kepada bayi anda semasa mereka berada dalam kandungan agar dia menjadi anak yang soleh, cerdas dan cergas.

• Sentuhan
Percayalah bahawa sentuhan memainkan peranan yang paling penting dalam dunia bayi anda. Belaian lembut daripada anda mencerminkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Belailah anak-anak sekerap mungkin kerana anak akan rasa selamat setiap kali berada dalam dakapan anda.

• Rambut
Kepala bayi sudah mula ditumbuhi rambut ketika masih di dalam kandungan lagi. Walau bagaimanapun, rambut ini akan gugur sedikit demi sedikit selepas dilahirkan dan akan digantikan dengan rambut yang baru.

JIKA BAYI YANG DIGUGURKAN MAMPU BERBICARA...

 Ketika ia masih dalam kandungan >
“ Ibu, saat ini aku gembira sekali, aku berada ditempat yang hangat, dan nyaman, tetapi gelap.Ah.. Biarkan kegelapan ini, aku tetap gembira sekali, Allah telah memilihkan tempat ini untukku. Aku juga boleh mendengar Ibu ketawa kecil kegembiraan, sungguh lembut suarammu Ibu, akan tetapi..

Ibu...aku ingin bertanya,
Kenapa hari ini ibu menangis.?
Malam ini aku juga mendengar Ibu menangis, bahkan ketika tangisanmu semakin menjadi-jadi, tiba- tiba Ibu memukulku, yang masih berada di dalam perutmu.
Aku amat terkejut,,
Ibu.. aku ingin sekali memelukmu dan bertanya kepadamu,
‘’ Kenapa Ibu bersedih.? Siapa yang telah membuatkan ibu menangis..?’’
Tetapi Ibu terus memukulku.. sakiiiit Ibu..

Ibu, aku ingin bertanya,
Kenapa hari ini Ibu memaki- hamun diriku.?
Aku bahkan tidak tahu apa salahku.?
Yang aku tahu.. Ibu hanya menjerit sambil menyebut nama seseorang yang Ibu katakan sebagai “Ayahku’’, seseorang yang semalam memukul Ibu.. Mengarahkan Ibu supaya ‘membuangku’..

Ibu aku ingin membelai wajahmu dan mengusap air matamu,
Aku ingin mengatakan - aku sayang Ibu- agar Ibu tenang,
Tapi aku lihat tanganku masih terlalu kecil untuk merangkul bahkan membelai wajah Ibu..

Ibu.. Tenanglah,, aku benar- benar akan membahagiakan IBU saat aku lahir ke dunia nanti. Aku akan menjadi adiwira kecil Ibu dan melindungi Ibu, agar tidak ada lagi tangan-tangan durjana yang akan menyakiti Ibuku..

Ibu, kenapa hari ini Ibu masih lagi menangis.?
Adakah aku telah melakukan kesilapan terhadapmu?...
Ibu.. Hukumlah aku jika aku salah, tapi tolonglah aku menghalau benda yang menarikku ini.!
Ibu.. Dia jahat padaku, dia menyakitiku,
Ibu.. tolong aku.. Aku sakiiiiit..

Ibu, kenapa Ibu tidak mendengar rayuanku, Ibu...

Benda ini masih menarik kepalaku, terasa seakan leher kecilku ini mahu putus, ia bahkan menyakiti tanganku jua, dia terus menarik, dan menyiksaku.. sakiiit... oh, Ibu tolong hentikan semua ini, aku tidak mampu untuk menanggung kesakitan seperti ini... Ibu.. aku tersiksa..

|| setelah ia di gugurkan dan dibuang >

“ Ibuku sayang, kini aku telah berada di Syurga.
Aku bingung..Apakah aku dibunuh.?
Ibu, aku masih tidak mengerti kenapa aku di sini?
Di manakah dirimu. Aku mencari-cari dirimu di sini tetapi aku gagal.
Kelibat mahupun bayangmu tidak kutemui..
Seingat aku,, Sebelum aku ditempatkan di sini
Ada sesuatu yang telah menyakitiku dan aku sedih Ibu..

Suara-suara di fikiranku mengatakan,’’ kalau aku tidak di ingini, maka aku akan digu..’’
Tidak.. Aku tidak mahu mendengarnya.. Aku tidak mahu mempercayainya, aku mempunyai Ibu yang sangat baik dan sayang padaku.

Suara-suara itu berkata lagi, ‘’ Ibu berasa sangat malu kerana menghamilkan aku !’’
Itu tidak benar kan Ibu..?
Aku kan adiwira kecil Ibu yang akan melindungi Ibu, kenapa Ibu harus malu.?
Aku janji aku tidak akan nakal dan membuat Ibu malu.
Tetapi suara-suara itu tetap membisikkan kepadaku, Ibu sendiri yang membunuhku!!.
Tidak..!!
Ibuku tidak akan sekejam itu, Ibuku sangat lembut dan mengasihiku..!

Maafkan aku ibu, aku telah berusaha sekuat tenaga untuk bertahan.
Kerana aku ingin membahagiakan Ibu.
Tetapi sekarang Allah telah membawaku kesini, kerana kejadian itu.

Ibuku.. Aku hanya ingin Ibu tahu bahawa aku amat ingin hidup bersamamu.
Merasai kasih sayangmu
Bertapak memenuhi ruangan ihsan hatimu
Aku tidak ingin pergi.

Tapi...

Ibu, aku sangat ingin mengatakan, aku sayang Ibu, walaupun aku belum sempat bernafas dan melihat wajahmu, biarlah aku sendiri yang merasakan sakitnya diperlakukan seperti itu, asal jangan Ibu.
Maafkan aku kerana gagal menjadi adiwiramu yang akan melindungi dirimu.
Selamat tinggal Ibu...!”

TANDA ANDA HAMIL..

Jika anda sangat peka dengan sebarang perubahan dalam badan anda, anda mungkin mula menjangka anda hamil tidak lama selepas persenyawaan. Tetapi kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang simptom awal kehamilan sehingga telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding uterus, beberapa hari selepas persenyawaan. 

Sesetengah yang lain pula tidak perasan sebarang tanda kehamilan selama beberapa minggu dan mula tertanya-tanya "Adakah saya hamil?" hanya apabila mereka tidak datang haid. Berikut ialah senarai beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami kesemuanya, sesetengah daripadanya, atau tiada langsung simptom-simptom kehamilan ini.

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang diidamkan wanita semasa hamil dan apakah tandanya.

2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

Baca lebih lanjut mengenai payudara sakit.

7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

Baca lebih lanjut mengenai cara menangani loya dan muntah semasa hamil.

9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

Dan akhir sekali...

10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!

PERKEMBANGAN BAYI

Bayi anda menegakkan kepalanya

Sekarang, otot leher bayi anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap atas perutnya dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada bahagian hadapan maupun belakang. Dia boleh melakukan semua ini terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk membantunya bagi tujuan ini.
Meneroka tangan dan kaki

Semasa kelahiran, bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya.
Belajar menenangkan diri

Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk dihisap.
Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang

Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini. Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang.

Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.
Bayi mendengar dan sukakan musik

Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi berima atau mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya. Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan kegemarannya.
Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.
Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Ini semua hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, anda harus mengukur bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usianya mengikut kronologi. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

HILANGKAN STRESS JOM

Photo: MENGHILANGKAN MASALAH DARI MASALAH

♥ “Barangsiapa melepaskan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat.“ (HR Muslim)

♥ “Barangsiapa memberi kemudahan orang yang dalam kesulitan maka Allah akan memudahkan didunia dan diakhirat.” (HR Muslim)

♥ “Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan diakhirat.” (HR Muslim)

♥ “Dan Allah selalu menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.” (HR Muslim)

♥ “Barangsiapa yang menerima pembatalan jual beli seorang muslim maka Allah menerima pembatalan kesalahannya.” (HR Abu Daud & Ibnu Majah)

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak, remaja atau dewasa.
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak ayah yang baik, anak ayah yang soleh, anak ayah yang rajin.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
8. InsyaALLAH, anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang :)

FAKTA TENTANG BAYI YANG BARU LAHIR



* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. 

Kebaikan Jus Epal



✿ 1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Jus epal menghalang pembentukan kolesterol udalam saluran darah dan arteri anda. Tahap kolesterol tinggi dan plak dalam arteri adalah salah satu punca utama penyakit jantung. Dengan meminum jus epal, anda mengurangkan risiko penyakit jantung.

✿ 2. Membantu Penghadaman lebih baik

Jus epal (terutama yg mentah ) membantu untuk membersihkan hati dan buah pinggang daripada toksin berbahaya. Hasilnya, anda mempunyai sistem yang lebih bersih .

✿ 3. Mengurangkan Berat Badan

Kolesterol dan kalori adalah dua punca utama berat badan tambahan. Jus epal adalah pada asasnya bebas kalori dan lemak malah ia melindungi anda daripada kolesterol.

✿ 4. Sumber Tenaga Yang Baik

Jus epal penuh dengan vitamin yang berbeza - A, C, E, K, B1, B2, B6 dan Folat, jadi ia adalah sumber terbaik tenaga. Kandunganya yang hebat dapat memulihkan tenaga anda selepas senaman fizikal.

✿ 5. Mengurangkan risiko Demensia

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jus epal mengurangkan risiko demensia apabila kita tua dan berumur. Jus epal melambatkan penuaan otak dan membantu untuk memastikan ia tajam untuk masa yang lebih lama.

✿ 6. Baik Untuk Kesihatan Mata

CARA SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU



Apabila sedang menyusu, bayi akan menelan udara dan mereka perlu disendawakan. Jika tidak, mereka akan mengalami kembung perut. 
Sendawakan bayi segera :

1)Sekiranya bayi anda penat, bermasalah, ataupun tampak terlalu kenyang sedangkan mereka menyusu sedikit.

2)Menelan banyak udara - Untuk mengelakkan bayi anda menelan banyak udara, pastikan mereka mengunci mulut dengan betul pada payudara anda ketika menyusu. 


Cara terbaik untuk bayi sendawa adalah dengan mengeluarkan udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa penyusuan. Berikut adalah beberapa cara-cara untuk sendawa bayi anda:

a)Kedudukan Bersandar
Pegang bayi anda, letakkan kepala bayi bersandar di bahu anda. Ampukan punggung bayi, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan.

b)Kedudukan Menegak
Pegang bayi dalam kedudukan tegak. Dudukkan bayi di atas riba anda, tinggikan kepala dan leher kepala bayi dengan satu tangan, kemudian usapkan belakang bayi perlahan-lahan

c)Kedudukan Perut
Bayi anda baring meniarap diatas perutnya dan kedudukannya di atas peha anda. Kedudukan kepala bayi sepatutnya sedikit tinggi. Sengetkan posisi kepala bayi anda dan perlahan-lahan menepuk belakang bayi.

Cara terbaik untuk sendawakan bayi anda bergantung kepada setiap bayi. Setiap bayi akan mempunyai cara sendawa tersendiri yang selesa dan sesuai baginya. Setiap ibu akan cuba bereksperimen dengan kedudukan yang berlainan untuk memastikan bayi dapat mengeluarkan sendawa dan dapat mengelakkan kembung perut.
Cubalah sendawakan mereka beberapa kali semasa menyusu. Bukan semua bayi perlu sendawa, tetapi kebanyakan daripada mereka perlu. Oleh itu, cubalah sendawakan mereka walaupun mereka berusia lebih dari tiga bulan.



Jika bayi songsang

Ada petua nak makcik kongsikan... berguna sekali.. kongsikan bersama tanpa jemu ya 

Bagi ibu yg mengandung baby sonsang. cube gunakan lampu... suluh dari tempat kepala baby dan gerakkan perlahan mengikut arah jam dan berhenti beberapa saat di bawah pusat ibu...sambil si ayah bercakap2 pada anaknye. buatlah setengah jam.. sebelum nak tidur.. 

mungkin ini cara kolot tp 90% berkesan.. bby dlm perut ibu gelap.. dia pun tak tau mana nak pergi.. bila dia nmp cahaya tu.. In Shaa Allah dia akan ikut.. pastikan lampu bilik samar2 je.. mase suluh lampu tekap lampu tu kat perut ibu.. mintak ayahnyee yg buatkannn.. pujuk2 dia.. suruh pusinggg ke bawahhh... siann ibuu sakitt nantii... janjilah dgn dia ape2.. bila dia keluar nnt.. In Shaa Allah dia dengarr..Selamat mencuba

Doa Untuk Kuatkan Rahim, Alahan Mengandung dll



Salam mommies

UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI

1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan -Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39 5)

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

 Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
@Ataupun Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
@Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..

10)Untuk buang susuk.
-Basuh dengan air.
-Surah Al-hijah-ayat 34-35

11) Untuk Dinah/bengkak yang tidak ada mata
-Bacakan surah Al-anbiya ayat 69
-Surah Al- Hasyru ayat 21 ayat 21
Disapu pada tempat yang bengkak.

Nak tahu kaedah pengunaanya belilah buku bertajuk Ubat, Doa dan Penyembuhan oleh Ustaz Sharhan Safiee...

TAT SANTAN



Bahan Pastri:
100 gm mentega
50 gm gula aising
1 biji kuning telur
230 gm tepung gandum

Bahan Inti:
3 biji telur
80 gm gula kastor
125 ml Santan Kelapa M&S
60 ml jus pandan (5 helai pandan + air)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil pandan emulco
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
1. Untuk pastri: Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, kacau rata. Campurkan tepung dan uli menjadi doh.
3. Alas tin kecil dengan pastri, cucuk bahagian bawahnya.
4. Untuk inti: Pukul telur dengan gula hingga sebati. Masukkan bahan-bahan lain.
5. Tapiskan ke dalam jag. Tuangkan ke dalam kulit tat.
6. Bakar pada suhu 185°C selama 25-30 minit atau hingga masak.



Photo: TAT SANTAN

Bahan Pastri:
100 gm mentega
50 gm gula aising
1 biji kuning telur
230 gm tepung gandum

Bahan Inti:
3 biji telur
80 gm gula kastor
125 ml Santan Kelapa M&S
60 ml jus pandan (5 helai pandan + air)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil pandan emulco
Sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
1. Untuk pastri: Pukul mentega dan gula hingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur, kacau rata. Campurkan tepung dan uli menjadi doh.
3. Alas tin kecil dengan pastri, cucuk bahagian bawahnya. 
4. Untuk inti: Pukul telur dengan gula hingga sebati. Masukkan bahan-bahan lain.
5. Tapiskan ke dalam jag. Tuangkan ke dalam kulit tat.
6. Bakar pada suhu 185°C selama 25-30 minit atau hingga masak.

Selamat Mencuba.

CC-https://www.facebook.com/SeleraRasaMs?fref=ts

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers