Selamat datang
Selasa
Anak Demam dan Suhu Bayi Meningkat, Apa Yang Mummy/Papa Boleh Lakukan?
Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai mummy/ papa lakukan untuk membantu anak yang demam?
Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.
Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah :
•Anak mengadu tidak sihat.
•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.
•Tubuhnya kelihatan menggeletar.
•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.
•Dahi dan lehernya terasa panas.
Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.
Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.
Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.
Lakukan sendiri
-----------------
Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.
1. Menggunakan Sudu
Mummy/Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.
2. Menggunakan Alat Penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.
3. Menggunakan Picagari Khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.
4. Menggunakan Hujung Jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.
5. Memberi Anak Sakit Makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.
Bila Suhu Bayi Meningkat
=================
Demam adalah penyakit biasa dihadapi oleh bayi, namun ia tidak harus diambil mudah oleh papa dan mama. Jika suhu badan bayi tidak dikawal, tidak mustahil ia berisiko terkena serangan sawan atau lain-lain gangguan otak dan saraf.
Bertindak segera apabila demam bayi melebihi suhu 38 C. Pastikan anda mempunyai thermometer untuk mengukur suhu badan bayi. Segera berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
Tetapi sebelum itu, tindakan awal yang mesti dilakukan adalah menyejukkan badan bayi.
1. Periksa suhu
Guna termometer raksa atau digital untuk mengambil suhu bahagian ketiak anak. Anda juga boleh menggunakan thermometer elektronik yang dimasukkan ke dalam lubang telinga. Jika suhu melebihi 37 C, tandanya anak anda demam.
2. Suhu panas
Segera tanggalkan baju yang dipakai untuk menyejukkan badannya. Penyaman udara sama da di dalam rumah atau kereta boleh membantu menyejukkan badan bayi. Cuaca panas, berada di dalam bilik yang panas atau memakai pakaian yang terlalu tebal boleh menyebabkan suhu baik naik mendadak.
3. Beri ubat
Jika masih mempunyai bekalan ubat demam, berikan ubat demam mengikut dos pada label ubat yang disarankan oleh doktor
Sharing is Caring
sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=441353775977481&set=a.149499298496265.29959.100003085876849&type=1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan