Lokasi : Felda Layang-layang, Simpang Renggam Johor
Tarikh : 8 Julai 2016
Masa : antara 4.45 pg hingga 5 pg..Alhamdulillah..Terima Kasih ALLAH..
KAu timpakan kami musibah..agar kami ingt pada MU..
Agar kami mensyukuri nikmat hidup pada MU..
8 Julai 2016 tragedi kemalangan telah berlaku..terasa bagaikan mimpi bila itu terjadi kepada diriku dan keluarga..
Terasa seperti mati hidup semula
kemunculan babi secara tiba-tiba mengundang bahaya kepada kami..
Kereta hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok hingga menyebabkan kami terbabas dan kereta terbalik..
Biar kereta tu hancur..biarkan rosak..asalkan anak2 ku serta suami selamat..
Semua yang melihat kereta akan merasakan kami tiada harapan.. Alhamdulillah ALLAH masih sayang..ALLAH msh berikan kami kesempatan utk hidup..
Terasa bagai mimpi..terasa bagai khayalan...
Rayyan trauma teruk sebab dia terjaga ketika kejadian..bertanya kepada ku :
"kenapa kereta kita terbalik mommy??"
"kenapa kereta kita berpusing mommy??
"kenapa Rizqiey mommy?"
"kenapa dgn adik Rizqiey"
aku dan suami cuba berfikir positif: ada hikmah sebalik kejadian ini..kereta boleh beli baru..nyawa xda gantinya..
Aku yakin..ALLAH xkan uji kami kalau kami tak mampu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan