Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis

Berjimba dihujung minggu

28/08/2016
Jumpa member group wasap..jalan2 cari pasal.



Lawatan ke Taman Rama-rama Ayer Keroh


30/8/2016 Rombongan ke Taman Rama-rama..
Seronok anak-anak ku semua..






Selasa

Allah Masih Sayang

Lokasi : Felda Layang-layang, Simpang Renggam Johor
Tarikh : 8 Julai 2016
Masa : antara 4.45 pg hingga 5 pg..


Alhamdulillah..Terima Kasih ALLAH..
KAu timpakan kami musibah..agar kami ingt pada MU..
Agar kami mensyukuri nikmat hidup pada MU..


8 Julai 2016 tragedi kemalangan telah berlaku..terasa bagaikan mimpi bila itu terjadi kepada diriku dan keluarga..
Terasa seperti mati hidup semula
kemunculan babi secara tiba-tiba mengundang bahaya kepada kami..
Kereta hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok hingga menyebabkan kami terbabas dan kereta terbalik..
Biar kereta tu hancur..biarkan rosak..asalkan anak2 ku serta suami selamat..
Semua yang melihat kereta akan merasakan kami tiada harapan.. Alhamdulillah ALLAH masih sayang..ALLAH msh berikan kami kesempatan utk hidup..
Terasa bagai mimpi..terasa bagai khayalan...
Rayyan trauma teruk sebab dia terjaga ketika kejadian..bertanya kepada ku :
"kenapa kereta kita terbalik mommy??" 
"kenapa kereta kita berpusing mommy??

mendengar tangisan Rizqiey yang tersepit..sambil berkata:
 "kenapa Rizqiey mommy?" 
"kenapa dgn adik Rizqiey"

TRauma si anak menguji kami..anak2 tak mahu dgn org..malam sahaja menangis..naik kereta takut..

aku dan suami cuba berfikir positif: ada hikmah sebalik kejadian ini..kereta boleh beli baru..nyawa xda gantinya..
 Aku yakin..ALLAH xkan uji kami kalau kami tak mampu..










Cara-cara untuk melayan anak

Saidina Ali bin Abi Talib RA merumuskan cara-cara untuk melayan anak:-
1. Kelompok pertama 7 tahun (umur 0-7 tahun), melayan anak sebagai raja.
2. Kelompok kedua 7 tahun (umur 8-14 tahun), melayan anak sebagai tawanan.
3. Kelompok ketiga 7 tahun (umur 15-21 tahun), melayan anak sebagai sahabat.
.
► ANAK SEBAGAI RAJA (umur 0-7 tahun)
Melayan anak di bawah umur 7 tahun dengan sepenuh hati dan ikhlas adalah perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan. Banyak perkara-perkara kecil yang kita lakukan setiap hari akan berubah mempunyai kesan positif kepada pembangunan tingkah laku anak tersebut, sebagai contoh:-
Jika kita segera menyahut dan mendekati dia ketika dia memanggil kita walaupun ketika kita sibuk, maka dia juga akan segera bertindak balas dan terus pergi kepada kita sewaktu kita memanggilnya.
Di saat kita tidak jemu menggosok belakang badannya sehingga dia tidur, dan tidak mustahil apabila dia mengurut atau mengusap punggung apabila kita letih atau sakit.
Di saat kita berusaha keras menahan emosi pada masa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam apa jua bentuk, kita dapat lihat pada masa akan datang dia juga akan bersabar apabila adik-beradik atau rakan-rakannya membuat kesilapan kepadanya.
Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, Insya-Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.
► ANAK SEBAGAI TAWANAN (umur 8-14 tahun)
Kedudukan tawanan perang dalam Islam adalah sangatlah dihormati. Dia akan mendapat hak dengan kadar tertentu, tetapi juga dikenakan berbagai larangan dan tanggungjawab. Usia 8-14 tahun adalah umur yang sesuai untuk anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan tertentu.
Rasulullah SAW mula mengajar anak untuk solat wajib pada usia 7 tahun dan membolehkan kita untuk memukul anak itu (atau mengukum dengan hukuman yang sepatutnya) apabila anak itu berusia 10 tahun jika anak itu tetap meninggalkan solat. Oleh kerana itu, umur 8-14 tahun adalah waktu yang sesuai dan tepat untuk anak-anak diperkenalkan dan diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam agama, sama ada yang diwajibkan atau dilarang, seperti :-
1. Menunaikan solat wajib lima kali sehari.
2. Memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat.
3. Menjaga pergaulan dengan berlawanan jenis.
4. Membaca Al-Quran.
5. Membantu kerja-kerja rumah yang mudah dilakukan praktikal dengan usia anak.
6. Menerapkan disiplin dalam aktiviti harian. Penghargaan dan Hukuman (hadiah/ganjaran/pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai diberikan pada usia 7 tahun kedua ini kerana anak-anak sudah dapat dapat memahami erti tanggungjawab dan sesuatu perbuatan.
Walau bagaimanapun, layanan terhadap setiap anak mestilah berbeza kerana setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang berbeza (kerana setiap anak mempunyai keunikan tersendiri).
► ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Umur 15 tahun adalah usia umum untuk anak-anak melangkah memasuki usia akil baligh. Sebagai ibu bapa kita harus meletakkan diri kita sebagai sahabat dan memberi contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
Ini adalah masa yang baik untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia, menjelaskan bahawa dia adalah seorang remaja yang sudah meningkat dewasa.
Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal. Selain itu dia juga akan mengalami perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar,sehingga mungkin akan ada banyak masalah yang akan dihadapi. Paling penting untuk kita para ibu bapa bahawa kita harus membina kesedaran dalam diri anak-anak kita bahawa umur selepas akil baligh baligh ini dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang mana dia sendiri yang akan dihadapkan dan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
Anak-anak selepas akil baligh seharusnya diberi lebih ruang supaya mereka tidak merasa terkekang namun masih tetap di dalam pengawasan ibu bapa.
Pengawasan perlu dilakukan tanpa paksaan dan sudah tentu disertakan dengan doa untuk kebaikan dan keselamatan mereka. Oleh itu anak-anak akan berasa dihargai, dihormati, disayangi, dan sangat penting di dalam keluarga. Tambahan pula, mereka akan merasa yakin dan mempunyai personaliti yang kuat untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada tingkah laku yang tidak baik.
Memberikan kepercayaan kepada anak-anak dengan tanggungjawab yang lebih berat. Sewaktu usia 15- 21 tahun ini adalah sangat penting bagi kita ibu bapa untuk memberikan tanggungjawab yang lebih berat dan lebih besar supaya masa depan anak-anak boleh menjadi lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
Contoh tanggungjawab yang harus diberikan pada usia ini adalah seperti meminta beliau untuk membimbing adik-beradik, memberikan kerja-kerja yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa atau menyediakan jadual aktiviti serta menguruskan kewangan sendiri.
Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
.
"Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa." (Al-Quran, Ali Imran: 38).

Melayan karenah anak2 solehku

Bila anak-anak dah minta jajan nak makan..mommy lak malas nak g kedai beli jajan..so terhasillah kejadiaan kejadian ini..simple..mudah..penting sodap..





MENANGANI ANAK SUKA MEMUKUL







SUMBER : https://www.facebook.com/Hubee-House-431052337055021/photos/?tab=album&album_id=572203009606619

AJAIBNYA PELUKKAN SEORANG IBU
















SUMBER : AJAIBNYA PELUKKAN SEORANG IBU

Wanita: CINTANYA TANPA SYARAT

Berdiri bulu roma bila membaca nya..
"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"
Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated kepada semua wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi...mama..ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita. 👍😘
💚SELamat hari ibu buat semua wanita.

Jumaat

Donut lagi

25/02/2016

Petang tadi ambik hero-hero daripada tadika, tiba-tiba cikgu minta tolong buatkan donut untuk besok..huhuhu...

dah le tak pernah ambik order..huhuhu..berapa nak kira ni..takut kang termahal pulak..

tak pe lah agak2 je lah..hihihi


Jom uli donut


Hero pertama menolong


Hero ke-2 menolong



Siap sudah donut..



Semoga sedap lah..minta-minta diorg makan dengan berselera lah..Sampai sekarang blur nak kira berapa..huhuhu... 

Dalam office msh berfikir..

Khamis

JADILAH SEPERTI...

🌽🌽🌽🌽🌽🌽🌽
1. Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS..
Jagung membungkus bijinya yg banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yg cuma ada satu..
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya..

🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌
2. Jadilah POKOK PISANG..
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati..
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan..

🍈🍈🍈🍈🍈🍈🍈
3. Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG..
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan didalamnya ada biji yg berduri..
MAKSUDNYA : Don’t Judge a Book by The Cover.. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA..

🍠🍠🍠🍠🍠🍠🍠
4. Jadilah UBI KAYU..
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih..
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tmpat yg penuh kekotoran..

🍐🍐🍐🍐🍐🍐🍐
5. Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM..
Tangkai petai memberi makanan yg sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yg kecil dan ada yg besar..
MAKSUDNYA : Selalu lah bersikap adil..

🍏🍏🍏🍏🍏🍏🍏
6. Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya..
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna..

🔮🔮🔮🔮🔮🔮
7. Jadilah seperti MANGGIS..
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi didalam..
MAKSUDNYA : kena jujur, apa yg ditunjukkan di luar sama seperti apa yg diniatkan di dalam hati..

💝💝💝💝💝💝💝
Kongsilah dgn group lain utk manfaat kita..semua
💖💖💖💖💖💖💖

Serlahkan Kreativitimu

Bila anak mula membesar,
semua yg nak dimakan semua nak yg unik..
so dengan pernuh "kerajinan" di bantu hero-hero kecil..maka terciptalah donut kreatif..
Gambar diorg tgh buat lupa pulak nak ambik..
Rugi pulak rasanya..



RESEPI DONUT AGAK-AGAK.....

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU MARJERIN
SECUBIT GARAM
5 SUDU SUSU PEKAT MANIS
3 SUDU GULA
1 SUDU MAKAN MAURIPAN (1/2 PEK YG KECIK TU)
AIR


CARA NAK BUAT:


  • GAUL TEPUNG DGN MARJERIN HINGGA RATA
  • GARAM,SUSU,GULA DAN MAURIPAN DI MASUKKAN KE DALAM CAWAN DAN ISI AIR HINGGA PENUH CAWAN DAN KACAU HINGGA HANCUR & BERSATU SEMUANYA
  • LEPAS TU MASUKKAN CAMPURAN AIR TU SECARA PERLAHAN2 KEDALAM TEPUNG DAN ULI..SUKATAN AIR BERBEZA MENGIKUT JENIS TEPUNG GANDUM YG DIGUNAKAN OK..
  • ULI  TEPUNG SMPI TAK MELEKAT KAT TANGAN DAN BEKAS.
  • DAH SIAP ULI..MASUKKAN DOH DALAM BEKAS DAN TUTUP..
  • DALAM SETENGAH JAM AGAK-AGAK DAH NAIK BOLEH LAH DITUMBUK-TUMBUK DAN BOLEH BENTUKKAN..BUAT SMPI HBS..
  • DAH HBS BENTUKKAN BOLEH LAH DIGORENG.GORENG YG MANA BUAT DULU SEBAB YG MULA2 BUAT TU SURE DAH KEMBANG..
  • KALAU NAK FROZENKAN GORENG SEPARUH MASAK..
  • SIAP...

date:24 feb 2016
time: 8.00 mlm - 10.00mlm






Rabu

sekejap masa berlalu. 2Tahun Abah pergi..

24 Februari 2014 yang lalu, Arwah Abah pergi buat selamanya.
Hari ini 24 Februari 2016 genap 2tahun pemergian arwah abah..
Betapa aku merindui setiap saat bersama arwah abah.
Gelak tawa..suara..setiap suapan setiap kali makan..


JAngan TErtipu

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:
           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        kerana syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SIHAT
       kerana syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta kekayaaan
                Sebab
    Si kaya pun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma selembar.

      Mari terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat  kita
 terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

            Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
         jika pagi hingga
      matahari terbenam,
  'Amalku tidak bertambah
            sedikitpun,
  padahal aku  saat ini
       umurku berkurang"
        (Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri & utk share dgn kawan2 ...

Selasa

anakku dah besar

Alhamdulillah.. Tahun 2016 ini anak-anak telah mula ke tadika..
Keseronokan terlihat di wajah mereka...
Cabaran tetap ada seperti tahun sebelumnya..
Cabaran terhebat.. Menyuruh mereka bangun dan mandi..
Rizqiey senang aja nak bgn n mandi berbanding abg dia Rayyan.
Rayyan ni dah bangun tapi asyik kejap kejap n kejap..
Tapi masuk minggu kedua..aktiviti membangunkan mereka dah makin senang..walaupun msh ada rengekkan xnaj bangun ..tp xda lah Mommy diorg ni jadi Tarzan pagi buta..
Memori ini hanya sekali.. Walau banyak dugaan banyak cabaran kena lalui dgn indah.
Saay ni tak mungkin kembali..
I miss this moment..




Berlari menuju ke kereta.. Siapa menang kata mereka..









Riang Ria minggu pertama

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers