
Selamat datang
Selasa
Isnin
Untuk renungan kita bersama
Kadang-kadang yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, Yang SEMPURNA tak selalu menjanjikan KEBAHAGIAAN,
Namun jika kita dapat menerima KEKURANGAN, menjadi KELEBIHAN, itulah KESEMPURNAAN.
Tiada manusia yang hidup BERBAHAGIA sepanjang masa, Tetapi ianya bukan alasan untuk hidup SENGSARA,
Ya ALLAH, Kuatkanlah hati ini...InsyaALLAH, Amin
BEZA LELAKI & PEREMPUAN....(KAU DAN AKU BERBEZA)
Perempuan...
senang dipujuk tapi susah memujuk,
senang moody tapi susah mengamuk,
senang jatuh hati tapi susah nak mencintai,
senang menangis tapi susah derita,
senang dimengerti tapi susah difahami.
Lelaki...
susah untuk difahami tapi senang memahami,
susah untuk menyayangi tapi mudah mencintai,
susah untuk memarahi tapi mudah menegur,
susah untuk setia tapi mudah bertahan,
susah untuk menangis tapi mudah tersentuh.
....yang sama hanya EGO...
Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya.
Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI -
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada2 dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT -
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan2 yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA: HAK KEPADA KUBUR -
Iaitu: Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata2, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR -
Iaitu: Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA: HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu: Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) -
Iaitu: Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) -
Iaitu: Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang2an serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) -
Iaitu: Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN: HAK KEPADA NABI S.A.W -
Iaitu: Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada as-Sunnah (Hadith) menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH: HAK KEPADA ALLAH SWT -
Iaitu: Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
"Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu... Amin..."
Isteri yang terbaik..
menghiburkan hati suaminya disaat suaminya
dalam kesedihan atau kemarahan dan
sentiasa menenangkan suaminya apabila buntu
mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu
masalah
Isteri yang baik....yang sentiasa tersenyum
pada suami tak kira masa..dan bertutur
dengan baik serta kemanjaannya..
Isteri yang baik ....tidak pernah berkira
dengan suaminya..tidak meminta apa-apa
selain kasih sayang suaminya
Jumaat
Khamis
KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
... » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
10hari yang....Ramadhan
10 hari pertengahan adalah kemaafan
10 hari terakhir adalah pelepasan dari azab api neraka"
PERLU....
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan penentu kejayaan
Kejayaan penentu kebahagiaan
Jadilah
"Jadilah
Yang lembut itu HATI,
Yang tebal itu IMAN,
Yang tajam itu AKAL,
Yang baik itu SIFAT,
Yang manis itu SENYUMAN"
Apabila seseorang menyakiti hati kamu,
Berdoalah kepada ALLAH agar kamu tidak
melakukan sedemikan terhadap orang lain...
Rabu
Persedian Berpuasa
Antara persiapan Ramadhan bagi seorang ibu menyusu:
Sebelum Bulan Puasa:
- Amalkan pemakanan seimbang.
- Banyakkan minum susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
- Lebih kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
- Sediakan stok untuk bulan puasa dari awal.
- Ceria2 selalu.
- Minum soy protein, milk shake.
Semasa Bulan Puasa:
Pemakanan
- Makanan yang seimbang.
- Banyakkan minum air tp jgn overdose hehe.
- Banyakkan pengambilan protein dengan mengambil Soy Protein.
- Minum susu.
- Banyakkan makan kurma/jus kurma.
- Ambil oat.
- Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan yang tinggi protein, glukos dan cecair.
- Mengambil supplement (jika perlu)
- Antara makanan yang popular untuk tambahkan susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, halba.
Fizikal
- Elakkan daripada terlalu penat.
- Banyakkan rehat.
- Tidur secukupnya (impossible!)
- Berurut.
Psikologi
- Jauhi stress.
- Jangan fikir tentang perkara negatif.
- Sentiasa ceria.
- Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
- Selalu ingat pada anak.
- Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah Taala.
Teknik
- Pastikan teknik penyusuan yang betul. Kerapkan menyusui bayi.
- Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
- Berjumpa dengan mereka yang PAKAR dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Apapun, anggaplah kita sedang melakukan 2 ibadah di bulan ramadhan ini iaitu: Berpuasa dan menyusukan anak.“
Semoga semua amalan kita diterima dan menjadi kunci untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya.
Keringan Berpuasa
Bismillah, Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala rasulillah, wa ba'd.
Mengandung dan menyusukan anak semata-mata bukanlah merupakan sebab keringanan untuk berbuka dalam bulan puasa, akan tetapi mengandung dan menyusukan anak boleh menjadi sebab keringanan berbuka puasa jika disertai kebimbangan terhadap diri atau anak. Memadai dengan sangkaan yang banyak, atau melalui pengalamannya (jika diteruskan puasa akan menyebabkan mudharat), atau dengan pemberitahuan seorang Doktor yang dipercayai. Semata-mata dengan dahaga yang bersangatan, bukanlah satu alasan dari alasan-alasan yang membolehkan berbukan puasa, melainkan jika ada perakuan Doktor yang puasanya itu boleh menjadi sebab kemudharatan. Perkara ini berbeza antara setiap orang. Adapun semata-mata wujud kesukaran (utk berbuka puasa tidak boleh), kerana puasa itu sendiri adalah kesukaran
Para ulama berbeza pendapat dalam menghalusi persoalan wanita hamil dan menyusukan anak jika mereka berbuka, apakah mereka perlu qadha atau membayar fidyah atau kedua-duanya ? Atau apakah mereka tidak perlu berbuat apa-apa seperti seorang budak kecil ? Semua pandangan ini disebut oleh sebahagian ahli Fiqh, dan yang dipilih oleh al-Syeikh Dr. Yususf al-Qaradhawi, seorang perempuan yang tidak mampu qadha', disebabkan dia tidak berada dalam bulan Ramadhan melainkan samaada dia sedang mengandung atau menyusukan anak, maka dia tidak dibebankan dengan qadha, memadai dengan dia membayar fidyah, adapun wanita yang kesempatan untuk qadha maka dia hendaklah qadha, tidak memadai dengan dia membayar fidyah.
wallahu a'lam.
Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu Dan Mengandung
Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung
Dah 4 hari puasa, bagaimana ya keadaan ibu2 di luar sana?
Ramai yang berkongsi dengan saya kebimbagan susu akan kering dan menjadi sedikit di bulan puasa ini. Ya, ini pun memang jadi kebimbangan saya juga.
Walau bagaimanapun, puasa sebenarnya tidak memberi kesan negatif pada penyusuan. Malah terdapat teori yang mengatakan dengan berpuasa, air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melaui kencing, jadi air dalam badan akan dibekalkan kepada kilang susu.
Sebenarnya, seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa, selagi dia tidak mengalami dehidrasi. Kerana itu, amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam (dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi, dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-
- Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
- Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
- Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
- Terasa loya dan ingin muntah.
- Rasa menggigil.
- Berasa lemah dan sakit otot.
- Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.
Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
- Pergerakan bayi yang tidak normal.
- Berlakunya kontraksi.
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-
- Banyakkan pengambilan cecair.
- Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
- Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
- Mengambil vitamin C.
- Berehat secukupnya.
- Mengambil minuman Isotonic
Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
- Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
- Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
- Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
- Banyakkan bertenang.
- Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
- Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
- Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
- Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.
Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!
Persoalan Tentang Puasa
Persoalan 1:(Mengandung, Melahirkan,Menyusukan Anak)
Seorang wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak atau yang sedang menyusukan anak jika wanita tersebut ingin meninggalkan puasa, maka wajib atasnya untuk menggantikan puasa tersebut. Ia terbahagi kepada dua cara iaitu
- Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir atas kesihatan dirinya maka dia diwajibkan menggantikan puasa tersebut.
- Sekiranya wanita tersebut meninggalkan puasa kerana khuatir ke atas kesihatan dirinya dan kesihatran anaknya maka wajib atasnya menggantikan puasa tersebut berserta fidiyah (satu cupak = satu hari)
Persoalan 2 :(Hari Yang Disunatkan Berpuasa)
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
- Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
- Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
- Puasa pada 9 haribulan Muharram.
- Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
- Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
- Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
- Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
- Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.
Persoalan 3: Bersahur Ketika Azan Subuh
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.
( Lain2 persoalan sila Rujuk http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=category§ionid=12&id=42&Itemid=85 )
Selasa
MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W.......
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Untuk renungan kita bersama
Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.
Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka 
Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.
Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."
Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.
Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat 
Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!
Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?
Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!
Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?
Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??
Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut 
Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.
Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?
Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......
Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.
Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.
Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..
Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.
Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.
Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.
Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??
Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...
Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.
Lia : =.=" ok baiiiiii......................................
Renung2kan .....jangan sampai tiba masa kite di panggil mengadap ALLAH S.W.T baru nak sedar...
Renung2kan .....jangan sampai tiba masa kite di panggil mengadap ALLAH S.W.T baru nak sedar...
(cerita mcm ni dah banyak di hebahkan tapi ini sekadar mengingati sahaja)
Khamis
R.A.M.A.D.H.A.N
R ~ Ramahan Yang Di Rindu-rindukan
A ~ Akan Hadir Membawa Seribu Rahmat Sejuta Berkat
M ~ Membersih Hati Dalam Meraih Cinta Yang Maha Pencipta
A ~ Allahu Robbi Ya Rahman Ya Rohim
D ~ Datangkan Kepada Kami Hari Yang Di Rindu-rindukan
H ~ Hilangkan Kegundahan Hati Kami Saat Tibanya Hari Penuh Kemuliaan
A ~ Alihkan Kesibukan Kami Dari Dunia Penuh Tipuan
N ~ Naungilah Zahir Batin Kami Dengan Cahaya Rahmat Dan Kasih Sayang-MU
Kenali Rasulullah
Dalam perjalanan pulang, Abdullah jatuh sakit (demam) di kota Yatsrib (Madinah) dan meninggal dunia serta dikebumikan di sana.
2. Pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 masehi, Aminah melahirkan seorang putera lelaki sulung yang bakal menjadi Nabi akhir zaman.
Bapa mertua Aminah iaitu Abdul Mutalib kemudian membawa bayi itu ke dalam Kaabah dan berdoa.
Selepas tujuh hari, Abdul Mutalib memberikan nama bayi itu Muhammad dan membuat majlis jamuan kesyukuran dengan mengundang ramai pembesar Quraisy.
Abdul Mutalib adalah ketua kaum Quraisy yang dihormati dan keturunan Qushai iaitu pahlawan suku kaum Quraisy dari keturunan Bani Ismail.
3. Muhammad kemudian diserahkan kepada seorang wanita dusun bernama Halimah dari Bani Sa'ad untuk menjadi ibu susuan kepada Muhammad.
Setelah berusia dua tahun, Halimah menyerahkan semula Muhammad kepada ibunya Aminah tetapi Aminah meminta Halimah terus menyusukan Muhammad dan memeliharanya sebab bimbang dijangkiti penyakit di kota Mekah.
4. Ketika Muhammad berusia 4 tahun, beliau ikut anak Halimah bernama Abdullah mengembala kambing-kambing Halimah di dusun.
Suatu hari, datang dua lelaki (malaikat) berpakaian serba putih membawa lari Muhammad ke suatu tempat membedah dadanya dan membuang sesuatu benda hitam.
5. Setelah peristiwa pembedahan ajaib itu, Halimah berasa takut, lalu segera dia menyerahkan Muhammad kepada ibunya Aminah semula (dalam usia Muhammad empat atau lima tahun ketika itu).
6. Bila umur Muhammad enam tahun, ibunya membawanya menziarahi keluarganya di Madinah di samping menziarahi kubur arwah suaminya, Abdullah. Mereka ditemani oleh pembantu perempuan bernama Ummu Aiman. Bapa Aminah adalah dari keturunan Bani Najjar di Madinah.
7. Setelah sebulan di Madinah, mereka pun pulang semula ke Mekah. Dalam perjalanan sewaktu tiba di desa Abwaa', kira-kira 35 kilometer dari Madinah, Aminah jatuh sakit dan beberapa hari kemudian beliau wafat, lalu dikebumikan di situ.
Muhammad bersedih dan dibawa pulang ke Mekah oleh pengasuhnya, Ummu Aiman. Baginda menjadi anak yatim piatu.
8. Abdul Mutalib memelihara cucunya Muhammad dengan penuh kasih sayang sehinggalah umur Abdul Mutalib 80 tahun, beliau meninggal dunia.
Muhammad lalu dibela oleh pakciknya, Abu Talib dengan penuh amanah. Muhammad pandai mencari rezeki mengambil upah mengembala kambing di kampung Jiyad.
9. Bila Muhammad berusia 12 tahun, beliau mengikut Abu Talib berniaga di Syam bersama bersama rombongan kafilah pada tahun 583 masehi.
Tiba di kota Basrah, ada seorang pendita Nasrani bernama Bakhira (atau Buhaira) berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga Muhammad dengan baik sebab Baginda bakal menjadi seorang nabi dan rasul akhir zaman.
Bakhira dapat menyaksikan tanda-tanda kenabian pada Muhammad berdasarkan cerita dalam kitab Injil.
Selepas berniaga di Syam, Abu Talib cemas, segera membawa Muhammad pulang ke Mekah.
10. Pada usia 24 tahun, Muhammad bekerja membawa barang dagangan milik wanita kaya - Siti Khadijah ke Syam dengan ditemani Maisarah (pembantu Khadijah).
11. Sampai di kota Syam, Muhammad berehat sendirian di bawah sebatang pohon besar dekat Pasar Busra. Kawan-kawan dalam kafilahnya berehat beramai-ramai di sudut lain.
Kemudian seorang lagi pendera Nasrani bernama Mastura telah memberitahu Maisarah bahawa pemuda yang duduk di bawah pokok besar itu adalah bakal seorang nabi akhir zaman berdasarkan tanda-tanda yang dilihatnya.
Selepas selesai berniaga dan mendapat untung, Muhammad bersama kafilahnya dan Maisarah pun pulang semula ke Mekah.
12. Pada usia 25 tahun, Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah.
13. Selama 12 tahun perkahwinan Muhammad dengan Siti Khadijah, dua putera dan empat puteri iaitu Qasim (meninggal dunia umur 2 tahun), Zainab, Abdullah (meninggal dunia semasa kecil), Ruqayyah, Ummu Kalsum dan Fatimah (Fatimah dilahirkan ketika Muhammad berusia 35 tahun). Fatimah kemudiannya berkahwin dengan Ali bin Abu Talib.
14. Ketika berusia 40 tahun, Muhammad menyendiri beberapa bulan di dalam Gua Hira (di puncak (Jabal Nur).
Suatu malam pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan tahun 610 Masehi, Muhammad menerima wahyu pertama dari Allah iaitu Surah Al-Alaq (ayat 1-5) yang disampaikan dan diajarkan membacanya oleh malaikat Jibril.
Dengan turunya wahyu itu, maka Muhammad telah diangkat menjadi Nabi dan Rasul-Nya untuk menyampaikan risalah Allah kepada seluruh manusia di dunia ini.
15. Nabi Muhammad (SAW) mengembangkan syiar Islam dengan mengajar manusia hanya menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain. Al-Quran adalah kitab suci-Nya yang mengandungi peringatan dan ajaran untuk panduan hidup manusia di dunia hingga akhirat.
Muhammad (SAW) menerima banyak tentangan dari orang-orang Quraisy di Mekah.
16. Pada tahun kesepuluh kenabian, pakcik Baginda iaitu Abu Talib meninggal dunia pada usia 87 tahun. Pada tahun sama, Siti Khadijah meninggal dunia beberapa bulan kemudian.
17. Pada tahun kesebelas kenabian, Rasulullah (SAW) mengalami peristiwa ISrak dan Mikraj. Dalam peristiwa itu, Baginda menerima perintah kewajipan solat lima waktu.
18. Pada tahun ketiga belas kenabian, Nabi Muhammad (SAW) berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Abu Bakar As-Sidiq yang kemudian disusuli oleh keluarga mereka yang dibawa oleh Abi Talib.
19. Pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah, Nabi Muhammad (SAW) bersama kira-kira 10,000 tentera Islam menuju ke Mekah dan berjaya menakluk Mekah tanpa peperangan kerana orang-orang kafir Quraisy mahu berdamai.
20. Pada 25 Zulkaedah tahun kesepuluh Hijrah, Nabi Muhammad (SAW) bersama 100,000 umat Islam bertolak dari Madinah ke Mekah untuk mengerjakan haji wada'.
21. Selepas tiga bulan pulang dari mengerjakan haji, Rasulullah (SAW) demam beberapa hari dan wafat di Madinah. (Iaitu pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun tahun 632 Masehi. Makam Rasulullah (SAW) kini ada di dalam Masjid Nabawi di Madinah.
Nabi Muhammad (SAW) berusia 63 tahun ketika wafat dan setelah 23 tahun menjadi Rasul Allah.
sumber: http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/02/tentang-rasulullah-berapa-banyak-yang.html
Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung
Mengandung adalah suatu harapan dan cita-cita sesebuah perkahwinan. Ia adalah suatu anugerah. Oleh sebab itu banyak amalan-amalan yang harus kita lakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal kita lahirkan itu nanti akan menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia mahupun di akhirat. Untuk mencapai matlamat itu, anak tersebut mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau di dalam kandungan ibunya. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah dengan memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Qur’an, beristighfar dan berwirid setiap kali selepas mengerjakan sembahyang.
Doa Semasa Hamil :
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Amalkan Bacaan surah-surah yang bagus semasa mengandung, antaranya:
Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.
Tips Mudah Hamil
Sesebuah perkahwinan tidak lengkap jika tidak dikurniakan zuriat..Zuriat adalah penyeri dan pelengkap dalam kehidupan suami isteri..Bagi pasangan yang telah
berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata janganlah mudah putus asa, kerana ianya adalah kerja Allah dan yang penting kita jangan cepat putus asa dan
berdoa..Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan disini sebagai panduan untuk pasangan yang belum dikurnikan cahaya mata..mudah-mudahan ianya membantu..
1. Kurangkan stress dan tekanan perasaan - Wanita yang mudah terdedah kepada tekanan setiap hari mampu menurunkan lagi kebarangkalian untuk hamil. Oleh itu,
cuba tenangkan diri dalam sebarang keadaan dan banyakkan berzikir serta mengingati Tuhan.
2. Kurangkan berat badan / tingkatkan berat badan - Bagi yang terlalu kurus cuba untuk tingkatkan berat badan anda, bagi yang terlalu berat anda perlu untuk
kurangkan berat badan. Ini kerana wanita dalam kategori ini cenderung untuk mengalami masalah kitaran haid. Kesan langsungnya juga ialah hormon tidak cukup
dirembeskan dan tubuh badan anda tidak ‘bersedia’ untuk berbadan dua.
3. Ketahui waktu subur anda - Dengan itu anda boleh tingkatkan kebarangkalian untuk hamil dengan meningkatkan kekerapan hubungan seks bersama suami ketika
hari subur anda.
4. Jangan merokok - Mungkin memang amat jarang kita lihat wanita merokok. Akan tetapi bagi kaum suami ianya adalah suatu kebiasaan. Menurut kajian sains,
saintis telah mendapati kandungan rokok serta asap rokok boleh membunuh sel-sel sprema. Mungkin jika suami anda adalah seorang perokok tegar, inilah puncanya
anda sukar hamil sebagai isteri. Hentikan tabiat merokok serta bagi si isteri, jauhkan diri sama-sekali daripada asap rokok
Reflex bayi??
Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2 mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.
1. ‘Rooting Reflex’
--> Usap pipi bayi anda dengan jari dan anda akan lihat bayi anda akan memalingkan kepala ke arah tangan anda, membuka mulut seluasnya dan mula memuncungkan mulut gaya menghisap. Ini adalah refleks semulajadi bayi yang boleh membantu ibu mengajar bayi untuk membuat lekapan sempurna pada payudara. Refleks ini akan hilang sekitar usia 4 bulan.
2. ‘Moro/Startle Reflex’
--> Pegang bayi anda dalam keadaan tegak dengan tangan anda menyokong lehernya. Kemudian dengan cepat tapi lembut, turunkan badannya seperti mahu tidurkannya. Secara automatik tangannya akan ke atas, kakinya sedikit terbuka dan kepalanya sedikit mendongak. Reflex ini akan hilang sekitar usia 2 bulan.
3. ‘Grasp Reflex’
--> Usap tapak tangan bayi anda dan secara automatik bayi anda akan menggenggam erat jari anda. Reflex ini adalah cara bayi anda membalas sentuhan anda dan cubaannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin sentuhan dengan anda. Reflex ini akan mula hilang sekitar usia 3 bulan.
4. ‘Tonic neck/Fencing Reflex’
--> Baringkan bayi anda, pusingkan kepala bayi dengan lembut ke kanan. Secara automatik, tangan kanannya akan terkeluar ke arah kepalanya dipusingkan dan tangan kirinya akan terangkat ke atas/kepalanya. Begitu juga jika anda pusingkan ke sebelah kiri. Doktor tidak tahu apa tujuan reflex ini tetapi dikatakan membantu bayi fokus kepada apa di depan matanya.
5. ‘Protective Reflex’
--> Sentuh lidah bayi anda dengan sudu kecil dan secara automatik lidahnya akan menolak keluar sudu itu. Reflex ini adalah untuk melindunginya tercekik dengan benda asing. Reflek ini hilang sekitar usia 4-6 bulan.
6. ‘Withdrawal Reflex’
--> Ketika bayi anda baring relaks, dekatkan muka anda dengan mukanya. Secara automatik dia akan berpaling ke tepi. Reflex ini adalah untuk melindungi dirinya dari sebarang objek yang datang. Reflex ini tidak akan hilang sampai bila-bila.
Kejadian Ciptaan Manusia(Keajaiban Alam-Penciptaan Bayi)
1. Dalam tempoh subur, melalui proses ovulasi, ovari wanita akan melepaskan satu sel ovum matang (telur) yang kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke Tiub Fallopio
2. Dalam masa 24 jam, sel ovum ini tiba di Tiub Fallopia dan akan terus menunggu kedatangan pasangannya iaitu sel sperma. Di Tiub Fallopio juga lah akan berlaku proses persenyawaan.
3. Semasa proses ejakulasi, berjuta sel sperma akan dilepaskan ke dalam ruang rahim wanita melalui vagina dan sel sperma ini hanya mempunyai tempoh selama 72 jam untuk melakukan persenyawaan dengan sel ovum di Tiub Fallopio.
4. Sebaik memasuki ruang vagina, sekurang-kurangnya 50% sel sperma akan terus mati disebabkan persekitaran vagina yang terlalu berasid.
5. Baki sel sperma yang sihat dan kuat akan melalui ruang rahim untuk menuju ke Tiub Fallopio. Semasa di ruang rahim, 50% dari baki sel sperma akan mati kerana persekitaran rahim yang terlalu mencabar dan penuh dengan perangkap.
6. Baki sel sperma yang berjaya bertahan akan meneruskan perjalanan mereka ke Tiub Fallopio. Semasa melalui Tiub Fallopio sebahagian besar akan mati kerana kekurangan tenaga dan sebahagian besar lagi akan mati kerana terperangkap di celah-celah ‘cilia’ (bulu halus dalam Tiub Fallopio yang membantu pergerakan sel ovum tetapi boleh memerangkap sel sperma).
7. Baki sel sperma yang berjaya memasuki Tiub Fallopio akan menunggu kedatangan sel ovum. Sebaik sahaja sel ovum mengesan kehadiran sel sperma, ovum akan mengeluarkan hormon untuk menarik perhatian sel sperma.
8. Sel sperma yang sedang berehat akan berenang menuju ke sel ovum untuk persenyawaan. Daripada berjuta sel sperma yang dilepas ketika ejakulasi, hanya puluhan sel sperma yang berjaya sampai ke sel ovum.
9. Baki sel sperma akan bertarung untuk memasuki sel ovum tetapi hanya SATU sel sperma yang betul-betul sempurna, kuat dan sihat yang akan berjaya memasuki sel ovum untuk meneruskan proses persenyawaan manakala yang lain akan mati.
10. Sebaik sahaja proses persenyawaan berlaku, terbentuklah ‘embryo’ yang akan meneruskan perjalanan ke rahim dan akan terus membesar menjadi fetus dan kemudiannya lahir ke dunia sebagai seorang BAYI.
Bukan mudah untuk mengandung apatah lagi menjadi seorang ibu dan ayah. Proses kehamilan memerlukan 1 sel ovum yang sihat, 1 sel sperma yang sempurna, sihat dan kuat, masa yang sangat tepat dan izin Allah Jika tidak, kehamilan tidak akan terjadi. Itulah kejaiban ciptaan Allah
Mengatasi Masalah Kekurangan Susu
1. Tambah masa dan kekerapan
************************
~~> Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya.
2. Minum air kosong yang mencukupi
**************************
~~> Amalkan minum segelas air kosong setiap kali semasa menyusu. Target minimum 3L sehari.
3. Pemakanan seimbang
*****************
~~> Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
4. Ambil makanan yang bersifat penggalak susu
**************************
~~> Amalkan halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.
5. Pengambilan supplement
********************
~~> Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement adalah alternative yang boleh membantu anda.
Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar.
Ingatlah bahawa asas pengeluaran adalah Supply & Demand. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa “SUSU SAYA BANYAK” dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak
Petua Rasulullah untuk mendapatkan cahaya mata
Satu artikel menarik di Harian Metro bertajuk ‘Hindari penyakit dengan bersedekah‘. Dalam artikel tersebut ada di nyatakan satu petua yang diajar oleh Nabi SAW agar mudah mendapat anak.
Berikut dikongsikan petikan daripada artikel tersebut untuk panduan bersama khususnya kepada mereka yang sukar untuk hamil.
Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya:
“Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.”
Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:
“Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah, kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
Jelas bahawa, setiap apa yang Nabi SAW ajarkan itu pasti tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Dan PASTI ADA KEJAYAAN! Yakinlah. Walaupun mungkin ia nampak macam petua yang sangat simple, tapi kalau anda amalkan dengan istiqamah dan yakin yang betul, saya pasti, anda akan dapat manfaatNya, insyaAllah.Yang pentingnya, anda kena amal dengan niat dan yakin yang betul.
Jadi, perbanyakkanlah istighfar dan mohon keampunan pada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kemudian, banyakkanlah bersedekah (semata-mata kerana Allah Ta’ala). InsyaAllah, sampai masanya, Allah pasti akan tunaikan hajat murni anda untuk mendapatkan cahaya mata.
Cara menyimpan Susu Ibu Perahan
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Pemakanan Semasa Hamil
Hadis Nabi yang menggalakkan kita bersederhana dalam pemakanan, bermaksud: "Kami adalah kaum yang tidak makan kecuali lapar. Apabila kami makan, kami akan berhenti sebelum kekenyangan."
Pengambilan makanan yang seimbang semasa mengandung adalah sangat penting supaya ibu yang mengandung mendapat semua zat makanan yang diperlukannya. Lebih penting lagi, ia akan mempengaruhi kesihatan bayi di samping kesihatan ibu mengandung itu sendiri.
1 - Makanan utama
Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia. Makanan ini adalah daripada jenis makanan yang mengandungi karbohidrat (kanji) yang tinggi. Selain daripada nasi, makanan-makanan lain yang mengandungi kanji yang tinggi ialah mee dan roti. Makanan-makanan ini memberikan sumber tenaga utama kepada kita. Oleh itu sebahagian besar makanan harian kita perlu mengandungi makanan dari kumpulan ini.
2 - Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat memberikan banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Antara vitamin yang penting ialah beta karotena (membentuk vitamin A di dalam badan bila diperlukan), vitamin B, C dan E. Mineral yang boleh didapati dari sayur-sayuran dan buah-buahan ialah kalsium dan magnesium. Sayur-sayuran yang diambil hendaklah dipelbagaikan. Sayur-sayur hijau sebagai contoh kangkung dan bayam membekalkan zat besi yang banyak untuk tubuh badan. Sekiranya sayur-sayuran ini dimasak, pastikan ia tidak dimasak terlalu lama kerana ia akan kehilangan zat-zatnya.Buah-buahan pula banyak membekalkan vitamin C. Selain daripada baik untuk imuniti badan, vitamin C juga mempunyai pelbagai kegunaan lain. Selain daripada zat-zat dan vitamin-vitamin yang dibekalkan oleh sayur-sayuran dan buah-buahan ini, ia juga membekalkan serat yang tinggi untuk sistem pencernaan usus yang baik. Wanita mengandung sering mengalami masalah buasir. Serat yang terdapat dalam pemakanan ini boleh membantu melembutkan najis melalui proses osmosis dan ini membantu mengurangkan kejadian buasir.
3 - Hasil tenusu
Hasil tenusu seperti susu segar, keju dsb adalah sumber kalsium yang penting. Selain daripada kalsium, ia juga membekalkan zat-zat lain seperti protein, vitamin A dan vitamin D. Bagi yang ingin menjaga berat badannya, pengambilan susu yang rendah lemak bolehlah diamalkan.
4 - Daging dan protein
Daging adalah sumber utama protein untuk badan kita. Selain itu, ia juga membekalkan vitamin B dan mineral seperti zat besi (terutamanya daging merah (red meat) seperti daging lembu dan kambing). Bagaimanapun, selalunya daging haiwan mengandungi lemak yang tinggi. Oleh itu, pastikan anda membuang lemak-lemak pada daging seperti kulit ayam, dsb. Sekiranya anda mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi atau masalah gout, anda juga perlu berhati-hati dengan pengambilan daging yang banyak. Selain daripada daging, hasil dari tumbuhan seperti kekacang juga mengandungi protein yang tinggi. Hasil tumbuhan tidak mengandungi kolesterol tetapi ia tetap mengandungi lemak. Walaubagaimanapun kandungan lemak di dalam sumber protein daripada tumbuhan tidaklah setinggi lemak daripada sumber haiwan.
5 - Lemak
Makanan yang mengandungi lemak perlulah diambil secara minimum yang boleh. Makanan jenis ini seperti minyak dsb sebenarnya bermanfaat juga kerana ia membekalkan vitamin-vitamin A, D dan E di samping essential fatty acids. Vitamin-vitamin A, D, E dan juga vitamin K dikenali sebagai vitamin larut lemak (fat-soluble vitamins).
6 - Makanan-makanan lain
Makanan lain seperti gula, garam dan perasa makanan boleh diambil oleh wanita mengandung dalam kuantiti yang minimum. Wanita yang mengalami penyakit-penyakit tertentu seperti darah tinggi dan kencing manis perlu menjaga pemakanan mereka dengan baik. Sesetengah wanita yang mengandung boleh mengalami peningkatan sementara tekanan darah dan gula dalam darah (kencing manis). Pengambilan air hendaklah ditingkatkan sekiranya boleh. Adalah disyorkan bahawa wanita mengandung meminum air sehingga 8 gelas biasa sehari.
6 Perkara Di Akhir Kehamilan Yang Perlu Dihindari
Semakin menghampiri saat bersalin, semakin banyak ketidakselesaan dirasai oleh ibu hamil. Faktor perut yang makin membesar dan cepat penat menyebabkan perkara ini berlaku.
Selain itu ia juga akan menyebabkan ibu hamil berdepan beberapa masalah yang ada di antaranya serius. Jadi berhati-hatilah dan sebagai langkah pencegahan ikuti panduan berikut.
1. Terjatuh
Sewaktu mahu mengambil barang yang terjatuh, jangan terus membongkok. Sebaliknya lipat sedikit kedua belah kaki dan berada dalam posisi mencangkuk. Cara ini anda dapat mengurangkan risiko membongkok dan terjatuh.
Anda juga boleh meminta bantuan daripada rakan untuk mengambil barang di tempat yang tinggi. Dalam keadaan anda ketika ini, pasti teman tidak sampai hati untuk menolak permintaan anda itu. Lebih baik fikirkan janin dalam kandungan daripada perasaan malu yang menguasai diri.
2. Pedih Pada Tubuh
Keadaan pedih pada tubuh itu boleh dialami di bahagian bahu, pinggang dan punggung. Oleh itu, ketika bekerja pastikan postur tubuh berada dalam keadaan yang betul. Ketika duduk, pastikan posisinya tepat dan anda berasa selesa dengan kedudukan itu. Pastikan juga tiada tekanan di bahagian punggung dan pinggang yang boleh menyebabkan anda berasa pedih dan nyilu.
3. Pedih Ulu Hati
Tidak dinafikan wanita hamil akan mengalami keadaan pedih ulu hati. Jadi perhatikan posisi tubuh ketika duduk, menulis mahupun membaca. Jangan sampai memberi tekanan kepada bahagian ulu hati.
Ikuti juga pola pemakanan yang sesuai dengan sistem pencernaan buat wanita hamil. Disiplin makanan yang mesra wanita hamil juga perlu dipraktikkan misalnya elakkan makanan yang pedas, tajam dan berangin yang boleh mengganggu sistem percernaan.
Anda juga perlu makan dengan jumlah yang kecil tetapi kerap. Makanlah buah-buahan segar ketika di rumah dan boleh juga ambil biskut sewaktu di pejabat.
4. Sakit Kepala
Elakkan mengalami ketegangan sepanjang kehamilan. Apatah lagi sehingga ia menyebabkan anda hilang kawalan dan tumpuan sepanjang bekerja. Latih kemampuan untuk mengawal diri di saat sedang sibuk bekerja. Latihan kerehatan amat berguna untuk anda. Jika terlalu lama melayari komputer, kalihkan seketika pandangan anda di luar atau berjalan-jalan di sekitar ruang kerja anda.
5. Pengsan
Sekiranya pekerjaan anda memerlukan anda berdiri atau menuruni tangga ketika hamil, tidak salah untuk mengajukan permohonan untuk berpindah seketika di bahagian lain yang lebih selesa untuk anda.
Ia bagi menjaga kelancaran aliran darah pada kaki. Ketika berdiri yang terlalu memberi tumpuan pada sebelah kaki untuk tempoh yang lama. Sebaiknya gunakan kasut rendah. Anda juga perlu mengelakkan diri daripada diserang anemia. Justeru, ambil makanan seimbang yang kaya zat mineral
6. Sesak Nafas
Elakkan keadaan ini dengan berehat seketika sewaktu anda bekerja. Tarik nafas panjang dan perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda sampailah ke janin, lalu hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh otot.
Lakukan senaman regangan yang ringan ketika duduk dan berdiri. Misalnya dengan memalingkan bahagian leher dan memusingkan bahu atau mengangkat kedua belah tangan ke atas dan menariknya ke bahagian sisi badan.
Mengapa Selalu Panas?
Sesetengah ibu hamil mudah untuk mengeluarkan peluh. Walaupun telah duduk dengan tenang, namun ia masih juga mengeluarkan peluh yang berlebihan.
Akibatnya pakaian mudah basah. Berpeluh sebenarnya merupakan reaksi alamiah untuk menyejukkan tubuh yang mengalami kepanasan. Namun, ada penyebab lain mengapa wanita hamil mudah berpeluh.
Salah satunya kerana peningkatan hormon progesteron sehingga pembuluh darah kecil pada kulit melebar. Sebab itulah, wanita hamil akan merasa kepanasan.
Keadaan berpeluh ini juga dipengaruhi oleh usia kehamilan yang semakin membesar.
Wanita hamil bagaimana pun perlu lebih berjaga-jaga sekiranya suhu tubuhnya meningkat lebih dari biasa. Barangkali ia bukan disebabkan hal di atas, tetapi akibat jangkitan kuman pada tubuh.
Bagi wanita yang kuat berpeluh, cuba amalkan memakai pakaian yang longgar dan selesa yang diperbuat dari fabrik yang dapat menyerap peluh. Wanita hamil mudah berpeluh juga perlu mengelakkan berada di ruangan sempit dan sebolehnya cuba berada di ruangan terbuka dengan lebih kerap. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
Teknik Power Pumping Tingkatkan Penghasilan Susu???
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dalam cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
1) Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
2) Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3) Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single Pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu mlm ke subuh mulai jam 12 mlm hingga 6 pagi, sbb hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Anda jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah dipermudahkan olehNYA…Amin.
TIPS KUMPUL STOCK SUSU IBU
1.Yakin dengan diri sendri dan yakin rezeki utk anak datang dari Allah s.w.t
2.Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.
3.Tidak memberikan bayi anda susu perahan. Sebaliknya susukan bayi secara terus jika anda bersama bayi. Susu perahan hanya diberikan sekiranya anda berjauhan dengan bayi. (keluar bekerja/keluar seketika)
4.Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
5.Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.
6.Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.
7.Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
8.Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
9.Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda.
10.Perbanyakkan makanan yg mengandungi protein dan kalsium. Kerana komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
11.Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
12.Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
13.Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan.
14.Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.
15.Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..
AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU
1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun
KHASIAT PELUKAN SUAMI TERHADAP ISTERI
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Cara mendidik anak
Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.
7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.
7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.
7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.
Jika anak memberontak
Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar.
Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.
Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA.
Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Salam kasih,
sumber dari FB : Prof. Dr. Rozieta Shaary
Amalan Sunat Menyambut Kelahiran
Kelahiran anak merupakan suatu perkara menggembirakan yang ditunggu-tunggu apatah lagi jika ianya merupakan kelahiran pertama. Anak merupakan satu amanah yang perlu ditanggung di pundak suami isteri di samping kehadirannya membawa cahaya dan sinar ke dalam sesebuah keluarga. Namun, sebagai mengikut syariat yang ditetapkan, terdapat beberapa amalan-amalan sunat yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran:
1. Azan dan iqamat
- Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
- Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
***Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”
2. Membaca surah al-Ikhlas dan ayat 36 surah al-Imran.
· - Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.
3. Memberi nama yang baik
· - Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubungkait dengan Islam atau pengertian yang indah.
***Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”
4. Tahnik (Belah Mulut)
· - Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakkan ke kanan dan ke kiri.
· - Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.
5. Cukur rambut
- Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
- Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekahkan dengan nilainya kepada fakir miskin.
- Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
- Adalah dilarang membuat jambul.
***Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok - tompok”
6. Aqiqah
· - Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
***Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
· - Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
***Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud): ”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
· - Daging aqiqah digalakkan dimasak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
***Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak
Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..
1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
Senangnya nak buat pahala, kan? Jom buat pahala banyak-banyak!! :) Semoga Allah swt memberikan kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu ini kepada orang lain.
Wallahua’lam
Macam-macam ada untuk pengetahuan ibu mengandung.
Pandangan Kabur dan Pengsan Tanda Ibu Hamil Kurang Darah
Ibu hamil ada kalanya boleh pengsan dengan tiba-tiba saja. Ketika sedang berdiri di pejabat ataupun mungkin juga di pusat membeli belah ada masanya ibu hamil mungkin berasa pening-pening disertai dengan pandangan kabur. Tubuh juga terasa longlai hingga seterusnya menyebabkan diri rebah dan tidak sedarkan diri.
Sekiranya berlaku di pejabat, anda mungkin boleh selamat kerana ada yang boleh memberi pertolongan, tapi bagaimana sekiranya anda sendirian di dalam lif ataupun ketika sedang menaiki tangga. Ia mungkin boleh membahayakan.
Penyebab utama keadaan ini adalah anemia atau kadar hemoglobin atau sel darah merah yang terlalu rendah (6g/100ml) sedangkan ukuran normal sekitar 12g/100ml. Tubuh seharusnya mendapat bekalan darah yang lebih banyak bagi mengangkut oksigen dan juga makanan ke janin.
Sekiranya volume darah anda tetap sama seperti sebelum hamil sedangkan jumlah darah yang ada dipakai untuk keperluan anda dan janin maka secara automatik volume darah jadi berkurangan. Akibatnya jumlah oksigen ke otak akan berkurangan dan anda akan jatuh pengsan.
Penyebab Lain
Pada awal kehamilan hingga ke pertengahan trimester kedua, pembuluh darah ibu hamil akan melebar. Sering kali volume darah yang tersedia tidak cukup untuk mengisi ruangruang kosong di pembuluh darah yang melebar ini.
Akibatnya terjadi tekanan darah rendah. Inilah yang akan membuatkan ibu hamil mudah pening dan pengsan. Seharus nya setiap kali merasai gejala ini, ibu hamil ber waspada dan segera mendapat pemerik saan doktor.
Kesan Lain
Selain daripada pengsan, anemia juga boleh menyebabkan kesan yang lebih serius seperti keguguran, pendarahan dan jangkitan sebelum dan selepas bersalin. Selain itu ibu hamil juga mungkin mengalami kesukaran men jelang proses bersalin akibat kontraksi yang tidak muncul dengan baik.
Tambah Darah
Bagi mengelakkan berlakunya kesankesan yang buruk, ibu hamil perlu menambah jumlah darah melalui pengambilan makanan yang mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin B12.
Oleh itu ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan-makanan yang dapat mem bentuk sel-sel darah merah seperti hati, ikan teri, daging merah, kacang-kacang, sayuran berwarna hijau, kuning telur dan buah-buahan selain mengambil vitamin C, daging, ayam dan ikan untuk memudahkan penyerapan zat besi.
Di samping mengatasi masalah kekura ngan sel darah merah melalui pola makanan yang tepat, gejala mudah pengsan juga boleh diatasi dengan ber usaha melancarkan peredaran darah. Caranya adalah dengan :
• Melakukan senaman ringan seperti yoga atau jalan kaki.
• Elakkan bangun secara tiba-tiba daripada posisi tidur atau duduk, sebaliknya ambil masa dan bangkit perlahanlahan.
• Jangan berdiri terlalu lama.
• Jangan terlalu kerap berada dalam keadaan sesak atau suasana bising dan hiruk pikuk.
• Jika anda ibu yang bekerja, ambillah waktu untuk berehat seketika dengan berlunjur kaki.
• Minum air yang cukup.
MENGURANGKAN KESAKITAN KETIKA HENDAK BERSALIN ..SURAH : AL-ANBIYA' 30 .

DOA HENDAK BERSALIN
Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan Nun iaitu surah al-Anbiya’ ayat 87. Amalkan doa ni ketika perut ibu mengandung masuk 9 bulan.
1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.
Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.
2. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.
Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.
3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.
4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.
5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.
6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.
Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.
7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.
8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.
9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.
Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.
• Kelas Antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.
• Berikan Sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.
• Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :
•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.
• Air Ketuban Pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula..
• Kontraksi Tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.
Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.
Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.
1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.
2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.
3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.
4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.
5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin
Kebaikan penyusuan susu ibu
---------
- mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
- mempunyai komposisi nutrien yang mencukupi
- elak risiko kurang zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan
- mengurangkan risiko kepada alahan
- perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
- kurang masalah pergigian dan ortodontik
- mengurangkan risiko penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
- menggalakkan tumbesaran
- penghadaman yang mudah
------------
http://www.moh.gov.my/