Hope to release your tension !!
* Murid : Selamat pagi, cikgu.
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
* Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
* Murid : Selamat sejahtera cikgu!
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
* Murid : Faham, cikgu!
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
* Murid : (senyap)
> Cikgu : Pandai!
*Murid : Bodoh!
> Cikgu : Tinggi!
* Murid : Rendah!
> Cikgu : Jauh!
* Murid : Dekat!
> Cikgu : Keadilan!
* Murid : UMNO!
> Cikgu : Salah!
* Murid : Betul!
> Cikgu : Bodoh!
* Murid : Pandai!
> Cikgu : Bukan!
* Murid : Ya!
> Cikgu : Oh Tuhan!
* Murid : Oh Hamba!
> Cikgu : Dengar ini!
* Murid : Dengar itu!
> Cikgu : Diam!
*Murid : Bising!
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
* Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
> Cikgu : Mati aku!
* Murid : Hidup kami!
> Cikgu : Rotan baru tau!
* Murid : Akar lama tak tau!
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
* Murid : Rajin kami belajar cikgu!
> Cikgu : Kamu gila!
* Murid : Kami siuman!
> Cikgu : Cukup! Cukup!
* Murid : Kurang! Kurang!
> Cikgu : Sudah! Sudah!
* Murid : Belum! Belum!
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
* Murid : Sebab saya seorang pandai!
> Cikgu : Oh! Melawan!
* Murid : Oh! Mengalah!
> Cikgu : Kurang ajar!
* Murid : Cukup ajar!
> Cikgu : Habis aku!
* Murid : Kekal kami!
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
* Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
> Cikgu : Sudah, bodoh!
* Murid : Belum, pandai!
> Cikgu : Berdiri!
* Murid : Duduk!
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
* Murid : Kami dengar KeADILan betul!
> Cikgu : Bangang kamu ni!
* Murid : Cerdik kami tu!
> Cikgu : Rosak!
* Murid : Baik!
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
* Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Selamat datang
Khamis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan