Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jumaat

2 Tahun sudah berlalu

Pada tarikh 10 Muharam 1435H iaitu 2tahun yang lalu...pada saat ini lahirlah cinta hati aku dan suami yang kedua.Hari ini 10 Muharam datang lagi..pada tahun 1437h..maka genaplah 2tahun usia putera kedua ku..

MAsa berlalu terlalu pantas..
Masa berlalu tanpa aku sedari.
Anakku telah membesar..
Menyebabkan aku merindui saat kecilnya..

Benarlah..saat anak kecil hanya sekali..
IA tak mungkin akan kembali.
Betapa aku merindui saat itu,

Anakku sayang,
aku bukan mummy terbaik buat mu..
aku bukan mummy yang sabar..

tapi kehadiran kalian membuat aku berasa kelainan.
tanpa mu disisi..kehidupan terasa kosong,
betapa aku tidak bisa berpisah dengan mu.

Hari ini aku sedar..
Kerugian jika aku mengabaikan saat kecil bersama mereka..

Selamat Ulang Tahun Kedua Hafidh Ar-Rizqiey



Khamis

PERCUTIAN TERISTIMEWA

Catatan percutian pada 19 September 2015 hingga 26 September 2015

Kisah percutian kami sekeluarga ke tempat impian arwah abah yang tak sempat kami laksanakan impian itu..

19/9/2015
Kami bertolak dari Pelabuhan Melaka lebih kurang jam 10.30 pagi..
Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3jam dengan menaiki feri..
Segala jenis perasaan wujud dalam diri ini.Bagaimanakah penerimaan orang kampung pada kami?
seronokkah suasana di sana?? dan sejuta jenis persoalan dan perasaan..
Kenapa wujud perasaan itu????
KERANA INI LAH KALI PERTAMA KAMI MENJEJAKKAN KAKI KE BUMI TEMPAT TUMPAH DARAH ARWAH ABAH KAMI DI PAYAKUMBUH SUMATERA BARAT..
kami memang tidak pernah pulang ke sana

lebih kurang pukul 2 .00 petang waktu Malaysia(1.00 ptg WIB) kami tiba di perlabuhan Dumai.
kami menunngu pengangkutan awam yang di panggil TRAPEL...sebelum meneruskan perjalanan kami singgah makan dahulu..

lebih kurang jam 2.00WIB kami meneruskan perjalanan dr Dumai ke Payakumbuh..
prjalanan yang memakan masa hampir 12jam kerana banyak kali berhenti..(buang air mahupun makan)
keadaan di sana menginsafkan betapa berbeza kehidupan di sana..

20/9/2015
kami selamat tiba di Payakumbuh..Selamat tiba di rumah abg saudara arwah abah,,yang kami panggil Pak Tuo Tamrin dan isteri Mak Tua Limah.
Betapa mereka amat mengalukan kedatangan kami..

Sejuknya suasana di sini...sejuk..tiada berkipas..tiada nyamuk..

mandi air telaga...makan ikan kaloi belaan sendiri.

petang hari..jalan-jalan ronda kampung..

Betapa terasa amat terkenal arwah abah..kemana pergi semua mengenali arwah abah..


petang hari : perbincangan mengenai rancangan membuat majlis tahlil dan aqiqah putera kedua ku


22/9/2015
-sedari pagi kami sibuk dengan aktiviti memasak dan segala jenis persediaan untuk majlis malam hari..

semangat gotong royong yang amat aku kagumi.

tak kira masa..tak kira ketika..tak putus saudara mara jiran tetangga datang membantu..


selepas maghrib: kumpulan wanita dtg membaca YAASIN kemudian sebelum isyak Kumpulan lelaki pula membaca selawat dan pujian ke atas junjungan RAsulullah..

kemeriahan yang tak terfikir oleh ku..

23/9/2015

jalan jalan sekeliling kampung..melihat pembuatan batu bata..penternakan ayam

pergi beraya di rumah saudara(kerana di indonesia ada 3tarikh sambutan raya Aidil Adha mengikut fahaman dan kawasan)

24/9/2015

YAHOOOO Raya Aidil Adha di tempat kami ni sama dengan sambutan di MAlaysia..
JAlan-jalan menaiki bendi(kereta kuda) ke rumah sanak saudara..


JAlan-jalan sampai malam

Besok dah nak bertolak balik ke Dumai sebab sabtu pagi nak naik feri ke Melaka..
Ramai saudara mara jiran tetangga memberi kami buah tangan..

25/9/2015

Perjalanan sepatutnya jam 10 pagi ditukar ke jam 8 malam kerana terlalu banyak barangan yg tidak mengizinkan kami singgah ke mana-mana


Betapa percutian yang tak seberapa ini amat menyentuh hati..apa bila kepulangan kami dihantar oleh ramai jiran dan sanak saudara..
betapa terasa erat silaturarhim itu walau pun kami ke mari tanpa arwah abah..

8.00 malam menaiki TRAPEL menuju ke DUmai
dalam perjalanan TIDO aja lah..hihihi


26/9/2015

sampai di dumai jam 7.00 pagi WIB

9.00 pagi WIB kami menaiki feri ke dumai..

meninggalkan sejuta kenangan manis..terasa sedih rasa di hati..bilakan kami akan kembali ke sini..





 sebelum menaiki feri ke Dumai




 sekitar persiapan kenduri dan semasa majlis Aqiqah dan Tahlil..




Kenangan kami.ketika berjalan dan saat mahu pulang

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers