Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda


1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air... tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan


5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.


8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.


11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.


14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.


15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.


18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.


19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.


20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.


22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.


23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.


24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.


Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Selasa

How To Make Symbols With Keyboard



hihihi..baru tau dr keyboard ni boleh buat mcm2 simbol..meh try meh..

Rabu

Makanan Bayi

Ketahuilah bahawa bkn semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah.Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan..

Umur : 5-6 bulan

Tekstur makanan : Puree halus...
Minuman : Susu Ibu 5x sehari
Makanan : Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
Elakkan : Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang.

Umur : 6-8 bulan

Tekstur makanan : Puree sedikit kasar
Minuman : Susu ibu 4x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang
Elakkan : Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin(sardin), organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

Tekstur makanan : Lenyek atau kisar
Minuman : sama seperti 6-8 bulan
Makanan : sama seperti 6-8 bulan
Elakkan : sama seperti 6-8 bulan

Umur 9-12 bulan

Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu 3x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur
Elakkan : Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam dan gula (sedikit sahaja), organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

Tekstur makanan : Cincang
Minuman : Susu ibu 2x sehari, air masak atau jus buah-buahan yg dicairkan
Makanan : Sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Elakkan : Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Jom SEBARKAN. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat.

kredit majalah baby 

SEANDAINYA ABAH MASIH ADA...

SEANDAINYA MASIH ADA..HARI INI 23 APRIL 2014 GENAP UMUR ABAH 51 TAHUN..NAMUN ALLAH MENENTU SEGALANYA..ABAH PERGI 24 FEBRUARI 2014..KIRA-KIRA 2BULAN YANG LALU..BETAPA AKU MERINDUI ABAH..MERINDUI SUARANYA..ABAH...DAMAILAH ABAH DI SANA...DI SEBUAH TEMPAT ISTIREHAT YANG YANG ABADI SEBELUM KITA BERTEMU LAGI... ABAH PERJALANAN HIDUP MU DI DUNIA TELAH BERAKHIR..BERAKHIRLAH MASA KITA BERSAMA...NAMUN ABAH TETAP DI HATI...



GAMBAR : 1 MEI 2011 (MAJLIS BERTANDANG)

23 APRIL 1963 HINGGA 24 FEBRUARI 2014 ( 2BULAN SEBELUM USIA ABAH 51 TAHUN)



AL-FATIHAH BUAT ABAH...


Isnin

Panduan Solat Untuk Pesakit


Khasiat bawang

 Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

 Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

 Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

 Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
 Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.


 Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.


copy paste papazola..

Khasiat dan Keberkatan Surah Sepuluh


Aku Rindu Abah


Hari ini 14 April 2014 dah 50 hari abah pergi meninggalkan kami. Semalam 13 April 2014 kami adakan majlis tahlil untuk abah.. Betapa aku terlalu merindui abah..Namun aku harus kuat...aku tak boleh tunjuk yang aku terlalu merindui abah di hadapan mama dan adik-adikku.. Jika aku terasa kesedihan dan kerinduan ini..aku pasti adik-adik dan mam juga begitu..

Hanya satu yang ku harapkan...abah bahagia disana.. Aku tahu sepanjang saat-saat terakhir abah..abah sakit namun abah cuba kuatkan diri sebab taknak kami bimbang....Abah mungkin rasa aku tak peduli pada dirinya..namun aku sebenarnya amat peduli akan dirinya...mungkin abah tak perasan...tapi biarlah..sebab aku sayang abah...Jika tidak kerana aku dalam pantang ketika abah masuk hospital..pasti aku dah pergi tengok abah...

Mungkin orang melihat aku begini..namun hati aku terlalu lembut dan aku mudah mengalir air mata...walaupun aku kelihatan seperti kuat dan keras..namun hatiku siapa tahu??

Abah,
Walaupun 50 hari telah berlalu,
Namun gelak tawa mu masih aku kedengaran,
Suara garaumu masih ku terdengar,


 Abah,
Walaupun kau tiada lagi disisiku,
Namun kau tetap ada dihatiku,
Kau sentiasa ku rasa disisiku,


 Abah,
Mungkin aku dilihat tak peduli dirimu,
Namun mungkin kau juga tidak melihat,
Betapa aku risau dirimu,
Disaat kau sakit,


 Abah,
Banyak yang aku rancangkan untukmu,
Namun aku merancang,
Allah penentu segalanya,
Aku yakin..segala rancanganNYA adalah terbaik,
Terbaik buatku..
terbaik buatmu abah..
Dan terbaik buat kita semua..


 Abah,
Angah akan selalu ingat saat kita bersama...
Damailah abah disana...
Disisi pencipta manusia..
Disisi pencipta segala yang ada didunia..


 Alfatihah Buat Abah..


 KHAIRULNAS BIN MUKHTAR..







Jumaat

Proses kelahiran

renungan
Selalu ibu-ibu yang akan melahirkan anak mengalami kesakitan yang tidak digambarkan dengan perkataan atau tulisan. Kesakitan tu sebenar memang telah di...nyatakan dalam al-quran.
Kenapa wanita sakit ketika melahirkan anak?
Soalan ini telah dijawab di dalam Al-quran, Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang Ertinya,
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). "
Lihat, kesakitan seorang ibu ketika hamil dan mahu melahirkan anak itu ada diterangkan dalam al-quran bahawa melahirkananak itu memang sakit. "telah melahirkan dengan menanggung susah payah"
Ayat Tuhan manakah yang hendak kamu dustakan?
Dan wajarkah seorang anak hendak membantah, melawan , menengking ibunya?
Mampukah seorang suami menidakkan seorang isteri yang bersusah payah melahirkan zuriatnya?
Adakah seorang ibu dan isteri itu pernah mengharapkan bayaran ganti rugi kesakitan yang ditanggungnya?
Fikir-fikirkanlah wahai para suami dan anak-anak.

Selasa

Sekadar renungan

Tudung labuh disarung ke muka. Pelipis dibetulkan. Lip balm dicalit ke bibir. "Emm comel dah." Kata laila sambil kenyit mata ke arah cermin. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Kasut converse merah disarung. Tangan digenggam. Kedengaran dengusan kasar keluar dari rongga hidung. "Mana Emy ni!! Kata pukul 5. Stupidoo betul hmphh." Bunyi tapak kaki. Tapp tapp tapp. "Assalamualaikum!" "Woi apahal lambat!! Lama aku tunggu. Cair make up aku!! Hmm." "Sory la laila. Aku ingat kau taknak pergi ceramah tu. Aku baru je drive gi masjid. Tup tup kau kata kau nak datang jugak. Traffic jammed tadi. Maaf eh?" Sambil sengih tunjuk muka comel. "Alah kau alasan ade2 je. Penat gila aku tunggu kat sini." "Yela yela aku salah. Hm maafkan aku eh?" "Yelah.." "Btw, comelnya kau pakai tudung labuh yg aku bagi ni! Subhanallah." Emy rasa macam nak buat sujud syukur! "Aku bukan nak sangat pakai KHEMAH ni. Tapi aku dengar Ilya kata ada abang abang hensem eh kat ceramah nanti? Aaaa eksaitedd nya. Dapat yg stok alim dan warak ala ala ustad huuu bahagia hidup aku!" Deep breath. "Hmm dahlah jom gerak. Nanti lambat pulak." Emy jalan dulu sambil berdoa dalam hati supaya Allah buka pintu hati Laila agar ikhlas lillahitaala dalam melakukan semua benda. Setibanya di perkarangan masjid, Laila berlari lari anak ke taman masjid. Sambil menjerit keriangan. Tanpa sedar, telah menarik perhatian beberapa ajnabi di sana. Ada yang berbisik bisik. Ada yang senyum mengada. Ada yang senyum mengejek. Ada yang buat derk. "Laila.. behave sikit. Ni masjid. Ramai orang tengok." "Alahh masjid ni tempat awam lah. Bukannya aku pakai baju tak tutup aurat. Aku tutup aurat kannn." Ujar laila sambil buat muka toya. "Hmm jom masuk masjid." Kelihatan Ilya dan rakan rakan gosipnya berjalan mendekati Emy dan Laila di satu sudut masjid. "Wey Laila ke ni? Hahahaha oh myyy aku tak percayaaa! Whattt?" "Ha-ha so funny that i forgot to laugh. Ha-ha." Bidas laila sambil jeling sekilas. "Pakai tudung labuh baju besar gedabak tapi perangai macam dulu!! Tak payah nak hipokrit sangat la woi!" "Jangan judge aku. Mirror yourself la." Balas Laila lagi. Allahu akbar Allahu Akbar. Kedengaran bilal melaungkan azan Zohor. "Laila jom kita ambil wudhu. Maaf ye ilya. Kami minta diri." Pinta Emy sambil senyum manis. Kaki kedua dua sahabat itu lekas dibawa menuju ke tempat wudhu'. Dalam perjalanan, Laila membuang stockin dan handsocks nya sambil menyingsing lengan baju sampai atas bahu. Mata beberapa ajnabi mencuri pandang. Tertarik dengan lengan yang putih mulus dan kaki yang slim. "Allah. Laila. Ajnabi tengok tu!" "Eh kau jangan sibuk boleh tak? Dah dah ah nak pura2 baik. Kau ni kalau aku semua salah. Kalau orang lain semua betul! Semuanya aku je yang salah. tadi si Ilya malukan aku depan orang pun kau tak pertahankan!! Kau ni kawan jenis apa. Asyik nak cari salah aku je!!!" Tengking Laila sampai menarik perhatian ramai orang. "Laila..." pujuk Emy. "Dah ah kau! Aku nak berubah pun ramai yg tak suka!!! Gila kejam dunia ni." "Laila.. orang tengok.. jom masuk dalam?" Pinta Emy perlahan. "Stop disturbing me!! Kau bukan kawan. Tapi lawan dalam selimut!!!" Tengking Laila lagi sambil buang tudung labuh yang Emy bagi dan campakkan ke lantai. Laila terus lari keluar masjid. "Laila.." Emy mengejar lemah dan terus pengsan. *** "Aku tak paham kenapa si Emy ni kawan macam bukan kawan. Selalu cari salah aku!" Adu Laila pada kawan usrah yg baru ditemuinya tu. "Emy? Yang pakai kaca mata bingkai putih dan ada lesung pipit belah kanan tu je ke?" "Ye." Jawab Laila sambil mendengus kasar." "Dia buat apa?" "Dia selalu cari salah aku!!" "Laila.. nak tahu something tak?" Laila angkat kening tanda nak tahu. "Dulu kan.. Emy selalu citer pasal sorang kawan dia ni. Dia kata kawan dia ni comel sangat. Kawan dia tu baik sebenarnya cuma tak tutup aurat je. Dia kata kawan dia tu bagus sangat! Dia try tutup aurat even hati dia tak rela. Even dipaksa. Even mak ayah dia bukanlah Islami sangat. Tapi dia nak try. Kitorang dgr Emy cite tu kitorang pun jadi semangat nak tutup aurat sempurna. Emy tak pernah bagitau something buruk pasal kawan dia tu." "Dah pahal kau bagitau aku pasal kawan dia tu? Sukati dia ah nak kawan dengan sape pun." Dengus Laila kasar. Dalam hati diam dia cemburu. "Dengar dulu.. dan beberapa hari lepas, emy text aku. Suruh jaga kau. Aku pun taktahu kenapa. Then dia pun bagitau kawan yang dia selalu cite tu kau lah. Aku macam dumbfounded." "What?" "Yes." "Mana Emy sekarang?" Bertanya dalam nada ego. "Hospital." "Apaa?!" "Dia akan dermakan mata dia kat mak kau." "Huh?!" **** "Kau tak perlu buat ni." Ujar Laila geram. Emy senyum manis. "Boleh aku peluk kau?" Airmata bergenang. Laila lari keluar ward. *** Tahun lepas. "Mak aku dah buta. Doctor kata kalau nak nampak balik kena ada orang dermakan mata." Kata Laila sambil nangis. "Sabar Laila sabar. Hmm maybe ada hikmah?" "Aku tak boleh pikir hikmah. Mata mak aku tu berharga. Kalau dia buta cane dia nak kerja. Cane aku nak sambung pengajian nanti?" "Hmm." Sambil peluk Laila. "Aku takde mak ayah. Siblings pun takde. Sedare mara lagilah. Kau takde mata mak kau je." Diam. "Kalau kau boleh sambung pengajian nanti kau nak buat apa?" "Hmm aku ingat nak sambung Medic kat Mesir. Aku nak berubah. Aku nak jalani proses tarbiyah kat sana. Aku nak jadi muslimah sejati." "Betul?" "Hmm ye. Aku nak musafir. Kalau boleh aku nak sangat syahid kat Mesir sana.." Sengih. Peluk ketat. *** "Laila. Emy kata dia sayang kau. " Text dari Jannah dipandang. Hmph. "Laila! Emy dah takde! Jantung dia terhenti tadi!!!" ......... Airmata ........... *** "Laila. Emy mintak maaf taw sebab tak jadi kawan yang baik untuk Laila. Emy tau Emy selalu cari salah Laila. Laila tahu kenapa? Sebab orang beriman dia selalu cari salah sendiri bukan salah orang lain. Emy nak didik Laila sikap macamtu. Tapi maybe cara Emy salah. Emy minta maaf. Emy nak masuk Syurga dengan Laila. Nanti Laila dah sambung pengajian kat Mesir. Dah jadi doctor, tolong orang lain taw? Ajak orang buat baik sesame kalau ditakdirkan Laila syahid kat sana.. Laila carilah Emy kat Syurga nanti. Kalau takde kat Syurga.. tariklah Emy masuk Syurga sekali. Laila.. nanti bangun Qiam taw. Dah lah tu buat perangai malas nak bangun takut hantu 3 pagi ke ape ke. Bangun qiam eh? Puasa sunat hari isnin khamis jangan lupa. Jangan lupa selalu ajak orang buat baik. Emy sayang Laila. Jumpa kat Syurga sayang." Kertas berbalut merah dibaca. Dan.. batu nisan di depan dipandang sayu. Ya Allah.. ampuni aku. Ukhuwah Fillah? Apa tu? Ukhuwah? Fillah? Perhubungan kerana Allah. Kerana Allah. Kalau kerana Allah, maka ia membawa kita ke jalan yang lurus atau belok atau senget atau bengkok? Betulke ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Kalau betul mana buktinya? Kalau sayang mana buktinya? Kalau cinta mana buktinya? "Salam Ukhuwah Fillah." Sepatutnya sayang sayangku sekalian, bila kita berukhuwah kerana Allah. Maka bawalah jalinan ukhuwah tu sampai ke Syurga. Ke jalan yang lurus. Ukhuwah Fillah ke kalau kawan buat dosa kita tak tegur? Ukhuwah Fillah ke kalau selalu berburuk sangka dengan kawan? Ukhuwah Fillah ke kalau selalu layan cite korea sesame sampai lewat solat Isya? Ukhuwah Fillah ke kalau keluar berusrah sesame tetapi terlalu banyak benda lagha? Betul ke Ukhuwah Fillah yang kita duk canang selama ni? Atau.. sekadar di bibir sahaja? Tepuk dada tanya Iman. Allah tahu apa niat kau. Kerna Allah knows what is in every heart. Sekian sahaja Usrah kali ni. Moga Allah beri kita semua kesedaran. Berukhuwah lah kerana Allah. Ikat tali hubungan ni dan bawa tali ni sampai Syurga. Bukan sensorang tapi berjemaah. Sayang korang Lillah. Terima kasih untuk semuanya sayang. Allah sayang kamu. Allah sayang aku. Allah sayang kita ...




sumber:fb kawan..

Khamis

Hujan oh hujan

Saat aku menaip ini..saat ini hujan turun membasah bumi..
Jika aku di kampung pasti aku mandi hujan...
Jika aku di kampung pasti menjerit mama memanggil adik2 jangan bermain hujan...
Rindunya nak mandi hujan..

Tak sampai 5minit hujan turun membasah bumi..tapi cukup untuk menghilangkan kepanasan di sini..cukup meredakan gundah dihati dengan catuan air...

Tak sampai 5minit hujan berhenti..kita hujan kembali..ibarat kata mama..hujan main2..kejap hujan..kejap berhenti....syoknya hujan...

Catuan air lagi..

Terasa cukup-cukup bosan..catuan air yang sepatutnya berakhir Mac 2014..telah dilanjutakan hingga April 2014..

Kenalah simpan air..2 hari ada air..2 hari kena catu..Dah le time ada air..air kecik sangat..oh sabar je lah..

korang nak tau tempat yang kena catuan air tak?? ni link nya catuan air peringkat keempat .

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers