Our Little Chaliph

Lilypie - Personal picture

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selamat datang




Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini..sekadar mencuba-cuba sahaja.......saya tak da pengalaman buat blog...semoga anda suka yerk..

Semoga Termakbul Untukmu Sayangku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Permata Hati Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Rabu

10 Perangkap Syaitan


Matematik dalam kehidupan kita

‎1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
...
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?
Coba lihat simetri ini :

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 123456789876543 21

Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :

Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematika, apakah ia sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia bisa memberi lebih dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin kita memberi 100% sepenuhnya.
Bagaimana bila ingin mencapai 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematika dibawah ini dapat membantu memberi jawabannya.

Jika ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%

H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%

K-N-O-W-L-E-D-G -E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.

Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

( artinya, Cinta & Kasih Sayank ALLAH melampaui Segalanya...)

--- "KATA-KATA HIKMAH"

Selasa

Flash Mob 2012


SEBAHAGIAN daripada 300 orang ibu muda yang menyertai Flash Mob Penyusuan Anak Selama 5 Minit sempena Minggu Perkongsian Susu Ibu Sedunia di Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR – Pasar raya di negara ini perlu menyediakan bilik khusus bagi memudahkan wanita menyusukan bayi masing-masing ketika membeli-belah.
Jurucakap Pertubuhan Platform Pencarian Ibu Susuan dan Anak Susuan Malaysia, Ayuni Zainuddin berkata, melalui usaha itu, ia bakal menggalakkan lebih ramai pengunjung ke pasar raya.
“Tidak banyak pasar raya di Malaysia menyediakan bilik khas penyusuan bayi dan mereka harus ingat melalui kemudahan itu, lebih ramai orang mahu datang ke premis mereka selain ia merupakan satu tanggungjawab sosial.
“Selain itu, ia juga bermatlamat menyuntik kesedaran kepada setiap ibu di Malaysia tentang kepentingan menyusukan anak yang nampaknya semakin dipandang ringan oleh wanita pada zaman sekarang,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas menyertai Flash Mob Penyusuan Anak Selama 5 Minit di KLCC Esplanade di sini kelmarin.
Pada program itu, kira-kira 300 orang ibu muda mengambil bahagian dengan menyusukan anak masing- masing selama lima minit secara serentak.
Turut hadir bagi memberi sokongan ialah pakar motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, pelakon dan pengacara popular, Dynaz Mokhtar.
Sementara itu, Dynaz berkata, setiap wanita perlu membuang rasa malu untuk menyusukan anak di tempat awam kerana ia merupakan suatu perkara normal yang dilakukan oleh setiap ibu


sumber:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_14.htm

Isnin

Flash Mob 2012






23/9/2012 Ahad..bertempat di KLCC telah diadakan Flash Mob.Ini first time saya join..hihihi..best gak rupanya..baru tau pe ke benda flash mob ni..rupa2 nya perhimpunan sekejab..dlm 5minit jer...hihihi..kami penyokong penyusuan susu ibu..kami juga tak malu menyusukan anak-anak kami ditempat awam..kami mahu semua pusat membeli belah menyediakan nursing room untuk ibu-ibu menyusukan anak-anak jika g shopping..kami ni kaum wanita kan mempunyai kuasa membeli..klo takde nursing room mcm ne kami nak g shopping..hihihi...



Hihihi...Flash Mob di masuk paper lah..:-)

Khamis

Ibu Bapa Yang Cemerlang

1. MENGUASAI ILMU DAN HIKMAT.
Dalam surah Luqman ayat 12, Allah menjelaskan bahawa Luqman telah dikurniakan hikmat. Imam Ibn Kathir mentafsirkan hikmat sebagai ‘kefahaman, ilmu dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik).’ Justeru ibu bapa perlu menguasai dan memahami ilmu, terutamanya ilmu agama berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tampa ilmu dan kefahaman ibu bapa menjadi seperti musafir yang berjalan tanpa peta.
2. MEMENTINGKAN IMAN DAN TAQWA.
Berhubung dengan ini, Luqman menjelaskan, jika ada suatu benda yang kecil, seperti biji sawi, disembunyikan di langit, dalam bumi, dalam natu yang besar atau di tempat-tempat lain, Allah tetap mengetahuinya. Hal in disebut dalam surah Luqman ayat 16. Pendidikan Luqman ini bertujuan untuk melahirkan perasaan muraqabah, iaitu merasai bahawa Alah sentiasa melihat gelagat hambanya di mana saja hamba itu berada. Jika perasaan ini menguasai hati seseorang, ia akan menjadi penasihat dan penyelamat bagi seseorang.
3. MEMELIHARA IBADAH.
Antara ibadah yang perlu diutamakan ialah solat. Luqman menyuruh anaknya menegakkan solat. Menegakkan solat bermaksud bersolat secara berterusan dengan memelihara waktu-waktu dan tatacaranya, di samping mementingkan khusyuk ketika bersolat. Solat mempunyai pengaruh yang besar kepada anak-anak.
4. MEMELIHARA AKHLAK.
Antara akhlaq yang ditekankan dalam surah Luqman ialah bersikap tawaduk dan tidak sombong ketika bergaul dengan manusia. Beliau juga mengingatkan anaknya agar bersederhana dalam hidup dan tidak meninggikan suara ketika bercakap. Akhlaq yang mulia berkait rapat dengan iman seseorang.
5. BERSIKAP POSITIF DALAM UJIAN.
Dalam konteks ini, surah Luqman ayat 17 mengingatkan anaknya kepentingan sabar dalam hidup. Sbar berkait rapat dengan sikap positif. Dengan penekanan ini anak-anak akan cekal mengharungi pancaroba dan liku-liku kehidupan. Anak-anak juga perlu diingatkan bahawa sabar adalah proses ke arah kejayaan.
6. MEMBINA KEMAHIRAN.
Antara kemahiran yang dinyatakan dalam surah Luqman ialah komunikasi berkesan. Luqman menasihati anaknya secara terus tanpa rasa kekok. Ini menunjukkan bapa memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan anak-anak. Ketika memberi nasihat, Luqman menggunakan perumpamaan untuk memudahkan kefahaman. Ini menunjukkan Luqman mempunyai kemahiran berkomunikasi. Antara aspek penting yang perlu ada ketika berkomunikasi ialah kelembutan. Mengiku imam Ahmad dan Baihaqi, nabi bersabda “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesebuah keluarga diberikan sifat lemah lembut dalam keluarga itu”.
7. PEKA DAN BERPERANAN.
Anak-anak perlu dididik agar berperanan dengan mengajak rakan-rakan mereka kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran (ayat 17). Dengan nilai dan sikap ini, anak-anak tidak akan menjadi golongan yang terpengaruh sebaliknya menjadi golongan yang mempengaruhi.

Kawalah Cemburumu

1. Jika pasangan anda mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin anda tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

 

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati anda. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

 

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta anda.

 

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

 

5. Berbincang dengan pasangan anda tentang perasaan cemburunya.

50 Panduan Kebahagian Rumah Tangga

(Menurut Dr.Fadzilah Kamsah)

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  • Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  • Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
  • Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
  • Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
  • Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
  • Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
  • Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  • Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  • Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
  • Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  • Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  • Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  • Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  • Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  • Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  • Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  • Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  • Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  • Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  • Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  • Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  • Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  • Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  • Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
  • Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  • Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  • Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  • Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  • Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  • Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  • Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  • Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  • Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  • Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  • Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  • Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  • Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  • Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  • Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  • Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Kaki Si comel ku...


Tahukah anda tapak kaki bayi telah dibahagikan kepada beberapa zon bahagian tubuh badan. Sekiranya anda selalu urut dan belai dibahagian yang dinyatakan anda dapat membantu secara tidak langsung dalam memberikan keselesaan kepada bayi anda.


sumber:https://www.facebook.com/rahsiaperkahwinan

Khamis

Teringinnya nak anak kembar

Tadi terbaca blog pasal orang yang dapat kembar tiga..kembar 2...tetiba je terasa nak dapat anak kembar..tapi bukan sekarang..untuk next baby ler..hihihi..anak kecik lagi..baru 7bulan lebih..minta-minta ada le rezeki nak dapat anak kembar..kalo boleh bia lah kembar lelaki perempuan..mesti syokkan..YAALLAH perkenankan lah doaku ini..betapa aku terlalu inginkan anak kembar...pasti meriah rumah ku nanti..mungkin kah peluang untuk dapat anak kembar tu ada??

hihihi..insyaAllah..bukan ke jodoh maut ajal rezeki semua hak ALLAH??kalau dah memang rezeki akukan..hihihi..kawan-kawan doakan saya ya..

Solat oh Solat

Solat Dhuha



i love u



Al-Quran..

CINTA

Didikan Utama Anak


"Hazihi Sabili"Inilah jalanku

PautanPada ketika ini hangat diperkatakan mengenai Gangnam Style.Pelbagai Parodi mengenai Gangnam Style ni telah wujud..macam..pengaruh terikut-ikut oleh orang sekarang

Rabu

Khamis

Info penting


angan ambil mudah dan pandang enteng benda2 macam ni!!!

kelak kita akan dipertanggung jawabkan balik...kalau tak tahu p belajaq dgn orang2 yg tahu.... sibuk2 pikiaq nak kawin ja tapi ilmu fardu ain pun terkontang kanting lagi!

"eh, dulu kan dah belajaq masa sekolah, okey la tu"

"hampa ingat ilmu fardu ain yang dah berhabuk makan dek zaman tu hampa ingat lagi ka? nak amalkan kat kita lagi, anak2 lagi..nak didik anak nanti macam mana?? anak tu amanah dari ALLAH, kalau kita tak jalankan amanah sebaik mungkin, hampa pikiaq la nak jawab apa dengan Raja segala Raja nanti! "

haii, sebenaqnya bila makin belajaq makin bnyk yg kita tak tahu, tapi biasalah, kita ni SOMBONG, rasa cukup ja dgn apa yg kita belajaq dulu...

tempoh sekurang2 haid brapa hari?
tempoh sebanyak2 haid brapa hari?
tempoh sekurang2 suci brapa hari??
yg tu basic yg kena tahu..
macam mana nak kira putaran haid kita??
7 golongan perempuan istihadhah....siapa??

semua tu penting!! kalau kita tengok balik kitab2 fardu ain pun akan kupas apa mula2 sekali?? bab TAHARAH kan?? nak cakap dalam islam ni mementingkan kebersihan!! ni kita tak, terus2 g bincang MUNAKAHAT, xhabis2..bukan nak menghalang, tapi persiapan before kawin tu amat2 penting! kata nak bina syurga dunia...

kadang2 ada muslimat yang haid senang2 ja masuk rumah ALLAH (masjid), depa anggap zaman sekarang takpa sebab dah ada pad, so darah die tak akan menitik..ALLAH..kita bukan nya nak halang darah dari menitik ja tapi nak menghormati rumah ALLAH, perempuan yang haid bukan hanya xboleh masuk masjid sebab takut menitik tapi hampa tu berhadas besar! cuba tengok balik apa perkara2 yang dihalang kepada wanita ketika berhadas besar..rujuk kitab2 muktabar..ni tak, pikiaq ikut akal fikiran depa ja...hukum2 dalam islam mana boleh difikir dengan logik akal jaa..kalau macam tu, kenapa bila terbatal wuduk contohnya terkentut tak basuh bahagian tu ja tapi kena angkat wuduk balik?? tolonglah, jangan buat peraturan ikut logik akal kita ja...ada la tu hikmah di sebalik apa yg telah ALLAH syariatkan...jangan mudahkan apa yg dah mudah, yg hampa gatai sangat nak p masuk masjid masa haid tu pasai pa?? kan bnyk lagi perkara2 yg bermanfaat contohnya Dzikrullah spt tasbih, tahmid n tahlil, menghadiri majlis2 ilmu, memberi nasihat (amar ma'ruf nahi mungkar) tak kira lah di FB ka blog, muhasabah diri, baca buku2 agama n lain2...

kaum muslimin tu jangan nak senang lenang berpeluk tubuh pulak, hampa kena belajaq jugak, sebab hampa nak kawin dengan muslimat, insyaALLAH kalau ada rezeki ada anak PEREMPUAN...adik2 n kakak2 PEREMPUAN..ibu kita lagi...semua nya tak dapat lari dari PEREMPUAN..kaum muslimin pun selalunya kena tarik ke neraka sebab apa??sebab tak didik kaum hawa di bawah tanggungjawabnya sebaik mungkin...renung2kan lah..

ustaz ana selalu pesan..
selagimana kita mencari ilmu dunia, walhal ilmu fardu ain kita tak mantap lagi, selagi tu lah kita berada dalam keadaan berdosa...dunia akhir zaman, budaya barat diagung2kan...bangga sangat anak2 kenal A B C dulu baru kenal ا ب ت ...kalau kita tgok sirah2 para anbiya' n tokoh2 islam.. contohnya Ibn Sinar, depa semua belajaq ilmu fardu ain sampai mantap dulu sebelum depa kaji benda lain spt perubatan n ect..


ps--> ana bukan nak membebel atau nak tunjuk pandai, tapi kalau tak buat macam ni, sampai bila2 lah kita duduk je dalam zon selesa tu... carilah ilmu yang bermanfaat..sebab ilmu2 ALLAH tu walau kita menghabiskan seumur hidup kita mentelaah ilmu2 tersebut pun ilmu tu tak kan habis dipelajari..umpama kalau kita celup pen ke dalam air then kita angkat, bnyk mana sangat air yg terlekat kat pen tu?bnyk tu je yg kita dapat...

siapa makan cili dia terasa pedas...wake up sahabat..jangan lenaa je dibuai mimpi2 indah (dunia)...jom sama2 kejar akhirat, insyaALLAH dunia juga kita dapat..

sebarkan semampu boleh, jgn nanti di akhirat kelak, kite dipersalahkan kerana tidak menyebarkan ilmu ALLAH..
Allahu Rabbi !

ingatlah..

"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT, serta doa anak-anak yang soleh."
[Riwayat Muslim]

muhasabah diri ana yg doif lagi hina ini juga...
asif jiddan jika ada kata2 ana menyinggung hati sahabat..
kerana sesungguhnya --> (http://www.facebook.com/photo.php?fbid=438102019551660&set=a.114037765291422.13852.100000555980212&type=3&theater)


Info berkaitan fiqh wanita. ~~

Rujukan : Kitab Bughyah At-Thullab [Bab Haidh].

Kesian wanita

Kesian Perempuan..~

diam — dia lemah .
lantang — nampak salah .
mesra — dia gatal .
pasif — dipijak-pijak .
kahwin — ’ bila beranak? ‘
tak kahwin — pasti digelak .
berhijab — dikata kolot. jahat. menunjuk-nunjuk.
tak tutup — lagilah heboh .
setia — dimadu laki .
curang — dicanang keji .
terlalu cinta — dimain-mainkan .
terlalu berjaga — dimarah-marahkan .
menangis — rimas selalu .
mata kering — dipanggil kepala batu .
buat betul — pelbagai benda dipersoal .
buat silap — sekampung berbual .

tp UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan..SYURGA adalah tempatnya ... cukup menjadi SOLEHAH kerana ALLAH..dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi

Rabu

sejarah ayat kursi

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

Hayatilah makna doa tersebut. Salam Merdeka.


Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Pertama) Pada Hari Kemerdekaan 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.
Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.
Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.
Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.
Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.
Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.
Sumber dari :-

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)


Merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.
Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat.
Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.
Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untukbermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

PERINGATAN
Tangisan adalah satu-satunya cara bagi bayi menyampaikan perasaan dan keinginannya.
Jika kehendak mereka tidak dipenuhi, mereka akan berterusan menangis.
Tagisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi adalah merupakan satu bentuk komunikasi. Sekiranya bayi anda kerap menangis, itu merupakan satu petanda buruk. Segera dapatkan rawatan kerana kita tidak tahu apa yang bayi sedang hadapi.

INGATLAH
Tangisan bayi sekiranya dibiarkan, akan memberikan kesan buruk terutamanya kepada bayi itu sendiri, ibu bapa bayi dan orang-orang di persekitarannya
. Tangian yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak)

TAPI HARUS DIINGAT
Bayi yang dibiarkan menangis akan berhenti menangis dan akan menjadi semakin kurang menangis bukan kerana dilatih, tetapi kerana berputus asa dengan ibu bapa sendiri. Berkemungkinan dia akan membesar menjadi seorang yang pendiam dan memendam.

Diharap Ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini.

sumber :https://m.facebook.com/photo.php?fbid=272447042870965&id=188889974560006&set=a.189489931166677.40328.188889974560006&refid=17&_ft_=src.24%3Asty.308%3Aactrs.100000293544081%3Apub_time.1346748515%3Afbid.520246137992087%3As_obj.4%3As_edge.1%3As_prnt.11%3Aft_story_name.StreamStoryGroupMallPost%3Aobject_id.463189417031093%3Aobject_timeline_token_map.Array

Untuk renungan kita bersama-2

"Jika seorang ANAK terluka hatinya, maka perasaan itu tidak akan menghalang IBUnya daripada masuk ke dalam SYURGA. Akan tetapi jika seorang IBU terluka hatinya, pasti perasaan itu akan mengheret ANAKnya masuk ke dalam NERAKA..

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala Dosaku dan juga Dosa kedua Ibu Bapaku dan Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka Memelihara dan Mendidikku di masa Kecil, amin."

Isnin

6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Bersederhanalah..

Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri:

  • Merosakkan tulang.
  • Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
  • Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk

  • Merosakkan lipatan daging.
  • Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
  • Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan

  • Merosakkan urat.
  • Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat

  • Merosakkan darah.
  • Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur

  • Merosakkan tenaga.
  • Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
  • Selalu berangan-angan.
  • Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
  • Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira

  • Merosakkan usus
  • Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah

  • Merosakkan hati.
  • Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir

  • Merosakkan limpa
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Haid tidak menentu
  • Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
  • Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih

  • Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana

  • Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut

  • Merosakkan ginjal.
  • Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut

  • Merosakkan pundi hempedu.
  • Gejala pening kepala kerap dialami.
  • Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan

  • Merosakkan pencernaan.
  • Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
  • Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais

  • Merosakkan otot dan lambung.
  • Badan dan payudara menjadi lembik.
  • Berat badan meningkat.
  • Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang

  • Merosakkan fikiran.
  • Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Semoga jodoh kita berkekalan..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers