Selamat datang
Khamis
Sebaik-baik contoh..
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur
Selingan::
Sebaik-baik teladan akhlak ialah akhlak Rasulullah. Baginda mempunyai akhlak yang luhur, menyanyangi keluarga dan sahabat dan amat mengasihi umat baginda.
Kisah yang paling indah ketika seorang sahabat terlambat datang ke Majlis Nabi.
Tempat sudah penuh sesak. Ia minta izin untuk mendapat tempat,
namun sahabat yang lain tak ada yang mau memberinya tempat.
Memandangkan sahabat baginda dalam kebingungan, Rasulullah
lalu memanggilnya dan meminta sahabat itu duduk di sebelahnya.
Tidak cukup dengan itu, Rasul pun melipat serbannya lalu diberikan
pada sahabat tersebut untuk dijadikan alas tempat duduk.
Sahabat tersebut dengan berlinangan air mata, menerima serban
tersebut namun tidak menjadikannya alas duduk akan tetapi
mencium serban Nabi. Begitu lah layanan dan sifat rendah diri
Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya dan orang bawahan.
Adakah kita mampu menjadi sehebat baginda,kekasih Allah ini????
Wanita ciptaan terindah
Wanita itu ciptaan Tuhan itu indah, kerana terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Faedah peluk isteri......
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
p/s::ingat tau isteri bukan awek bukan tunang..hihihi.........
Selasa
Fakta Yang Ramai Tak Tahu
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.
4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni..
Nor Hamizi Md. Amin
Penolong Pendaftar
Unit Perkhidmatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran
Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Tel: 04-6532694
myMetro | Suami patut hargai pengorbanan isteri
KUALA LUMPUR: Golongan isteri yang menyedari bibit perubahan negatif sikap baran pasangan hingga mula rasa tidak selamat perlu mengambil langkah awal dengan mendapatkan nasihat ahli keluarga sebelum membuat aduan kepada mahkamah bagi mengelak menjadi mangsa dera ‘suami Firaun’.
Pakar motivasi dan penceramah terkenal, Zawawi Yusof berkata, wanita perlu tahu hak mereka serta mendapatkannya melalui rujukan ke mahkamah supaya nasib mereka terbela dan tidak terus-terusan menjadi mangsa dera suami yang tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata, di sebalik kes yang dipaparkan di dada akhbar, masih ramai suami di negara ini yang mendera isteri masing-masing walaupun tanggungjawab sebenar mereka menjaga isteri dengan baik.
“Tugas sebenar suami menyelamatkan isteri masing-masing dan menjaganya bukan menganiaya isteri hingga memperlakukan pasangan dengan kejam.
“Sepatutnya suami perlu bersyukur jika isteri menjaga makan minum mereka kerana tugas itu tidak wajib untuk dilaksanakan isteri, tetapi ia dilakukan sebagai pengorbanan isteri berkhidmat kepada suaminya.
“Dalam Islam, suami yang mampu perlu menyediakan pembantu untuk memasak dan sebagainya tetapi jika tidak mampu, maka isteri boleh berkorban dengan melakukannya untuk suami dan suami sepatutnya menghargainya,” katanya.
Zawawi berkata, suami yang mendera isteri terutama jika ia berkaitan perkara kecil seperti masakan tidak sedap, itu menunjukkan suami terbabit sakit jiwa dan mati hati sekali gus membuka ruang kepada isteri merujuk perkara itu ke mahkamah bagi tindakan selanjutnya.
Katanya, walaupun haram untuk meminta cerai tetapi jika isteri dianiaya, Islam memberikan ruang yang luas kepada isteri untuk berpisah demi kebaikannya melalui tuntutan fasakh.
“Golongan wanita perlu berhati-hati memilih pasangan dengan menggunakan konsep Islam iaitu melihat kepada keluarga, harta, rupa dan agama tetapi jika memilih yang beragama, dia akan selamat iaitu suami yang bukan saja selamat malah mampu menyelamatkan,” katanya.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya dikencing suaminya hanya kerana masakannya tidak menepati selera. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga.
myMetro | Suami patut hargai pengorbanan isteri
Khamis
Tentang abah
Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?
Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?
Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....
Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.
Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.
Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..
Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?
Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?
Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.
Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.
Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?
Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.
Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"
Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..
Jom senyum
Adat Oh Adat
*Kepentingan ilmu dan amal:-
#setiap ilmu tanpa amal,maka terbatal....setiap ilmu dan amal tanpa niat..maka tiada bernilai...setiap ilmu,amal dan niat tanpa sesuai dengan sunah,maka tertolak...setiap ilmu,amal,niat dan sesuai dengan sunnah tanpa wara'(taat kepada perintah Allah)maka satu kerugian....dikhuatirkan pelakunya akan kehilangan semuanya pada saat hari amalannya ditimbang(hari akhirat)[Al-Imam Abdurrahman Al-Saggaf]
Selasa
Jagalah Wanita disekelilingmu..(khas untuk lelaki)
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri
Keluhan Suami dan Isteri
Luahan Perasaan Suami.
1."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."
Keluhan Isteri Terhadap Suami
1. suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. suamiku...janganler rileks aje...tolonglah sikit !!!
3. suamiku...jagalah matamu...
4. suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!
Kelebihan Seorang Wanita...
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.